Bakteria dalam mulut boleh membunuh

WASHINGTON - Percaya atau tidak terdapat lebih 10,000 spesies bakteria hidup di dalam tubuh manusia sihat.

Seorang penyelidik dari Universiti Washington di St Louis, Amerika Syarikat, Dr Phillip Tarr membuktikan, bakteria itu hidup pada kulit, usus, hidung dan beberapa bahagian lain dalam anggota badan manusia.

"Saintis membuktikan badan sihat berupaya berkongsi hidup dengan berpuluh ribu bakteria dan kulat dalam satu masa.

"Kebanyakan organisma ini berfungsi sebagai mengekalkan kesihatan manusia bersama tindak balas positif daripada air di dalam badan manusia," katanya.

Kajian bernilai AS$173 juta(RM547 juta) ini telah dibiayai oleh Institut Kesihatan Amerika Syarikat dengan melibatkan lebih 200 orang pelbagai peringkat usia.
Ganjaran RM49,000 tunjuk muka terhodoh

SICHUAN - Tang Shuquan menawarkan ganjaran 10,000 pound (RM49,000) kepada sesiapa yang boleh membuat memek wajah pelik seperti dilakukan olehnya.

Pemegang Rekod Dunia Guinness dari China untuk kategori muka terhodoh berumur 43 tahun itu kini mencabar pesaingnya yang mempunyai kelebihan serupa.

Shuquan menyatakan dia mengambil masa tujuh tahun untuk berlatih sebelum merealisasikan bakat unik tersebut di peringkat antarabangsa kira-kira 10 tahun lalu.

Mac lalu, dia mengambil bahagian dalam rancangan televisyen, Rekod Dunia Guinness di Itali dan dianugerahkan AS$10,000 (RM32,000) serta pingat atas bakat luar biasanya.
alt

BERLIN 4 Jun - Israel dikatakan sedang memasang peluru berpandu nuklear pada kapal selam buatan Jerman yang dibelinya.

Maklumat yang dipaparkan menerusi Majalah Der Spiegel bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang sumber untuk laporan tersebut namun menyifatkan ia dibuat berdasarkan penyelidikan terperinci.

Menteri Pertahanan Israel bagaimanapun enggan mengulas berhubung laporan itu dan akan menelitinya walaupun negara berkenaan tidak pernah menafi atau mengiakan mereka mempunyai senjata nuklear.