Menurut seorang ahli biologi Universiti Tengah Florida, Daniel Parker, ular berkepala dua telah didokumentasikan hidup selama 20 tahun dalam kurungan.MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Seekor anak ular susu albino yang baru menetas di sebuah pusat penetasan haiwan itu di Ridge Manor, Florida didapati mempunyai dua kepala baru-baru ini.
Namun, katanya, dengan dua otak mengawal badan ular itu, haiwan itu sukar untuk terus hidup dalam alam hidupan liar.
Ular dikategorikan albino jika ia mempunyai warna merah, oren dan putih. Menurut mitos, ular susu dikatakan menyedut susu daripada kantung susu lembu. Namun, sebenarnya ular itu hidup di dalam bangsal dan suka suasana gelap dan sejuk. Ia tidak berbisa dan makan cicak, burung, serangga dan mamalia kecil.

- Agensi

Seekor ular albino berkepala dua menjadi tumpuan dalam satu pertunjukan haiwan di Bazel, Switzerland baru-baru ini.
Pemilik haiwan itu, Tom Beser berkata, ular peliharaannya itu merupakan yang pertama di dunia memiliki dua kepala tetapi berwarna putih.
Menurutnya, ularnya itu yang diberi nama Mince bernilai lebih daripada AS$64,115 (RM195,037).
Dia berkata, sebelum ini terdapat seorang pengumpul haiwan yang mahu menjual seekor ular berkepala dua yang bukan albino pada harga tersebut.

 - Agensi