ORLANDO, Amerika Syarikat (AS) - Satu keping duit syiling satu sen (RM0.03) pada tahun 1793 dilelong pada harga AS$1.38 juta (RM4.34 juta) pada satu lelongan di Florida.
Seorang kakitangan firma Heritage Auctions, James Halperin memberitahu kelmarin bahawa nama orang yang membelinya tidak didedahkan tetapi dia merupakan seorang pengumpul duit.
Duit tersebut dibuat di Mint di Philadelphia pada 1793 iaitu tahun pertama AS menghasilkan duitnya sendiri.
Salah seorang pemilik awal duit tersebut ialah seorang ahli perbankan dari Baltimore, Louis E. Eliasberg, Sr.
Eliasberg diberi nama jolokan raja duit syiling sebelum kematiannya pada 1976.
Dia menyimpan koleksi yang mengandungi sekurang-kurangnya satu keping contoh duit syiling yang telah dikeluarkan oleh kilang syiling AS, Unites States Mint. - AP
ACCRA - Adakah anda pernah terfikir untuk melihat keranda dalam pelbagai rupa dan bentuk yang pelik?
Kini, ia tidak mustahil lagi dengan kemunculan keranda pelbagai bentuk seperti ikan jerung, buah nanas, telefon bimbit dan kereta mewah hasil kerja tangan tukang kayu dari Ghana.
Paa Joe, 66, pakar membuat keranda dari Afrika barat itu, berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung dengan rekaan pelik kerandannya dalam sebuah pameran seni di Galeri Jack Bell, Britain pada tahun lalu.
Joe kini bekerja di sebuah kedai pertukangan kayu Kane Kwei di Accra.
Pengasasnya, Kane Wei memulakan perniagaannya sekitar 1950-an dan telah mencipta mencipta keranda seakan-akan bentuk kapal terbang untuk mendiang neneknya.
Perniagaan tersebut kini telah berkembang dan semakin mendapat permintaan di Britain selepas pameran seni itu diadakan.
Joe kini semakin sibuk menyiapkan tempahan keranda pelbagai bentuk seperti pisang, robot dan lokomotif.

LONDON - Satu lakaran dalam jurnal
New England Journal of Medicine yang bertarikh 1 April 1812 menunjukkan gambar rajah jantung manusia.
Gambar rajah itu disiarkan menerusi artikel berjudul
Cases of Organic Diseases of the Heart and Lungs yang dihasilkan oleh John C. Warren.
Jurnal itu diasaskan dua abad lalu oleh dua doktor dari Boston dengan idea bahawa sains akan dapat memberi panduan dalam rawatan perubatan.
- Agensi
OSLO - Para saintis dan penduduk tempatan keliru tentang kejadian beberapa tan ikan herring terdampar di sebuah pantai di utara Norway, lapor media kelmarin.
Seorang penduduk setempat, Jan-Petter Jorgensen yang memeriksa pantai berkenaan di Kvaenes, Nordreisa bersama anjingnya pada hujung minggu lalu berkata, terdapat beberapa tan bangkai ikan tersebut.
Antara punca kematian besar-besaran itu termasuk ikan tersebut terperangkap di dalam air pasang selepas dikejar ikan-ikan pemangsa tepian pantai.
Teori yang lain menyatakan sekawanan ikan herring itu hanyut ke tepi pantai semasa ribut baru-baru ini. Terdapat teori lain yang menyatakan ikan-ikan berkenaan terperangkap di dalam air cetek dan mati kerana terperangkap dalam air tawar dari sebatang sungai yang mengalir ke pantai berkenaan. - Dpa
SANTIAGO - Sejumlah fosil ikan paus prasejarah ditemui di padang pasir paling kering dunia, Gurun Atacama di utara Chile.
Penemuan itu berlaku secara tidak sengaja semasa pekerja-pekerja sedang meluaskan sebuah lebuh raya melintasi gurun berkenaan pada Jun tahun lalu tetapi projek tersebut telah dihentikan.
Setakat ini, fosil-fosil itu ditemui di sebuah kawasan sepanjang 240 meter atau berkeluasan dua buah padang bola sepak di lebuh raya berkenaan.
Seorang saintis Institusi Smithsonian yang mengkaji penemuan tersebut, Nicholas Pyenson berkata, lokasi berkenaan merupakan sebuah lagun pada masa dahulu.
Menurutnya, ikan-ikan paus itu dipercayai mati antara dua juta hingga tujuh juta tahun lalu.
Lebih 75 ekor fosil ikan paus ditemui setakat ini termasuk 20 rangka yang sempurna.
"Saya berpendapat ikan-ikan paus itu mati pada masa yang sama," kata Pyenson.
Kebanyakan fosil tersebut merupakan ikan paus baleen yang berukuran sekitar lapan meter atau sebesar sebuah bas.
- AP
TORONTO, Kanada - Pihak pengurusan Zoo Toronto di sini mengumumkan bahawa mereka akan memisahkan dua ekor penguin jantan di zoo berkenaan selepas kedua-dua haiwan tersebut menonjolkan perlakuan gay.
Dalam satu kenyataan media kelmarin, pihak Zoo Toronto memberitahu bahawa keputusan memisahkan dua ekor penguin Afrika bernama Pedro dan Buddy itu dibuat bagi mengekalkan kesinambungan spesies terancam berkenaan.
Menurut kenyataan sama, Pedro dan Buddy akan disatukan semula selepas 'mereka' mengawan dengan penguin betina lain di zoo berkenaan.
- Reuters
Menurut seorang ahli biologi Universiti Tengah Florida, Daniel Parker, ular berkepala dua telah didokumentasikan hidup selama 20 tahun dalam kurungan.MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Seekor anak ular susu albino yang baru menetas di sebuah pusat penetasan haiwan itu di Ridge Manor, Florida didapati mempunyai dua kepala baru-baru ini.
Namun, katanya, dengan dua otak mengawal badan ular itu, haiwan itu sukar untuk terus hidup dalam alam hidupan liar.
Ular dikategorikan albino jika ia mempunyai warna merah, oren dan putih. Menurut mitos, ular susu dikatakan menyedut susu daripada kantung susu lembu. Namun, sebenarnya ular itu hidup di dalam bangsal dan suka suasana gelap dan sejuk. Ia tidak berbisa dan makan cicak, burung, serangga dan mamalia kecil.
- Agensi
PARIS - Para saintis mencipta sebuah robot yang boleh memanjat dinding tegak tanpa menggunakan gam, lekapan dan cecair melekap.
Robot seberat 240 gram itu mempunyai tapak yang diliputi dengan mikrofiber kering yang direka berdasarkan bulu jari kaki cicak.
Cicak boleh bergerak di dinding kerana terdapat bulu terlalu halus yang dikenali sebagai setae.
Tapak robot itu dilengkapi dengan mikrofiber polimer yang selebar 0.017 milimeter (mm) dan setinggi 0.01mm.
Rambut manusia hanya setebal 0.1mm.
Robot itu memanjat 3.4 sentimeter pada setiap satu saat.
Penerangan mengenai robot itu dijelaskan dalam jurnal Britain,
Smart Materials and Structure.
Menurut ketua penyelidik projek itu dari Universiti Simon Fraser di Burnaby, wilayah British Columbia di Kanada, Jeff Krahn, robot itu masih lagi dalam peringkat prototaip.
- AFP
Seorang bayi perempuan seberat 2.5 kilogram dilahirkan tengah malam semalam, di sebuah hospital di Manila, Filipina, dianggap secara simbolik sebagai individu ketujuh bilion di dunia.
Menurut laporan, Danica Camacho, anak kepada pasangan Camille dan Florante Camacho, dilahirkan beberapa minit sebelum tengah malam.
Setiausaha Kesihatan Filipina, Enrique Ona berkata, pihaknya akan menghantar nama dan masa kelahiran bayi itu kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mengetahui sama ada Danica adalah bayi ketujuh bilion dunia.
PBB sebelum ini menjangkakan penduduk ketujuh bilion dunia akan dilahirkan, semalam, namun tiada pengesahan tepat dapat dilakukan mengenai siapa menjadi individu bertuah itu.
Negara lain di seluruh dunia turut menyambut kelahiran bayi di negara masing-masing sejurus tengah malam semalam sebagai simbolik populasi dunia kini mencecah tujuh bilion orang.
Kapal perang Australia dan New Zealand menemui kapal selam itu 55 meter di dalam dasar laut pada Khamis lalu.CANBERRA - Sebuah kapal selam tentera Jepun pada era Perang Dunia Kedua ditemui di dasar laut Papua New Guinea semasa satu pemeriksaan mengesan bahan letupan.
Sebahagian bangkai tersebut ditemui tertanam di dalam dasar laut. - Agensi
COLCHANI - Selalunya hotel dibina menggunakan batu atau kayu tetapi tidak bagi hotel mengagumkan di Bolivia ini, di mana setiap bahagian bangunan, termasuk perabot, dibina menggunakan garam.
Hotel de Sal di Colchani, Bolivia, ini dibina di dataran garam Salar de Uyuni yang menjadi tari-kan pelancong di negara Amerika Selatan itu.
Dengan bayaran 84 pound satu malam (RM415), pengunjung boleh menyewa bilik dengan dua katil diperbuat daripada garam.
Pemandu pelancong, Pedro Pablo Michel Rocha berkata, ramai pengunjung yang datang ke hotel terletak di selatan negara itu sukar mempercayai ia dibina daripada garam.
“Ada juga orang yang menjilat perabot untuk memastikan ia benar-benar diperbuat daripada garam!,” katanya.
Dataran Salar de Uyuni yang dilitupi lapisan garam setebal beberapa meter terbentuk hasil daripada perubahan beberapa tasik di kawasan itu pada zaman purba.
IMEJ bangkai makhluk asing yang dirakam pada 26 September lalu di Brazil dan disiarkan di laman YouTube sejak awal Oktober lalu. - YouTube
ITAJUBA, Brazil - Satu mayat makhluk asing ditemui di sini dan dirakamkan pada 26 September 2011 yang berukuran 45 sentimeter tinggi.
Mayat itu dikatakan ditemui oleh seorang pegawai tentera polis, Jose Luis yang berusia 44 tahun dan berasal dari negeri Minas Gerais.
Semasa dia merakamkan imej itu, dia bersama dengan anak lelakinya.
Menurutnya, makhluk asing itu mengeluarkan bau yang amat kuat.
Namun, bangkai makhluk asing itu hilang degan tiba-tiba selepas empat hari dibiarkan.
Imej itu disiarkan di laman YouTube sejak awal Oktober lalu.
- Agensi