WASHINGTON - Percaya atau tidak terdapat lebih 10,000 spesies bakteria hidup di dalam tubuh manusia sihat.
Seorang penyelidik dari Universiti Washington di St Louis, Amerika Syarikat, Dr Phillip Tarr membuktikan, bakteria itu hidup pada kulit, usus, hidung dan beberapa bahagian lain dalam anggota badan manusia.
"Saintis membuktikan badan sihat berupaya berkongsi hidup dengan berpuluh ribu bakteria dan kulat dalam satu masa.
"Kebanyakan organisma ini berfungsi sebagai mengekalkan kesihatan manusia bersama tindak balas positif daripada air di dalam badan manusia," katanya.
Kajian bernilai AS$173 juta(RM547 juta) ini telah dibiayai oleh Institut Kesihatan Amerika Syarikat dengan melibatkan lebih 200 orang pelbagai peringkat usia.
SICHUAN - Tang Shuquan menawarkan ganjaran 10,000 pound (RM49,000) kepada sesiapa yang boleh membuat memek wajah pelik seperti dilakukan olehnya.
Pemegang Rekod Dunia Guinness dari China untuk kategori muka terhodoh berumur 43 tahun itu kini mencabar pesaingnya yang mempunyai kelebihan serupa.
Shuquan menyatakan dia mengambil masa tujuh tahun untuk berlatih sebelum merealisasikan bakat unik tersebut di peringkat antarabangsa kira-kira 10 tahun lalu.
Mac lalu, dia mengambil bahagian dalam rancangan televisyen, Rekod Dunia Guinness di Itali dan dianugerahkan AS$10,000 (RM32,000) serta pingat atas bakat luar biasanya.
BERLIN 4 Jun - Israel dikatakan sedang memasang peluru berpandu nuklear pada kapal selam buatan Jerman yang dibelinya.
Maklumat yang dipaparkan menerusi Majalah Der Spiegel bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang sumber untuk laporan tersebut namun menyifatkan ia dibuat berdasarkan penyelidikan terperinci.
Menteri Pertahanan Israel bagaimanapun enggan mengulas berhubung laporan itu dan akan menelitinya walaupun negara berkenaan tidak pernah menafi atau mengiakan mereka mempunyai senjata nuklear.
LONDON- Sebuah kereta Ferrari dijual dengan harga 20 juta (RM100 juta), menjadikannya kereta paling mahal di Britain.
Ia satu daripada 39 model kereta siri 250 GTO yang dibuat dari 1962 hingga 1964.
Kereta berkenaan dipercayai dijual oleh pengumpul kereta Ferrari, Jon Hunt yang membelinya pada 2008 dengan harga 15.7 juta, rekod dunia ketika itu.
Hunt yang mengasaskan agensi hartanah Foxtons sebelum menjualnya dengan harga 370 juta pada 2007, menjual Ferrari buatan 1963 itu pada harga 20.2 juta, mencatatkan keuntungan sebanyak 4.5 juta dalam masa hanya tiga tahun.
Kereta yang bernombor plat 5095 itu dilengkapi enjin V12 dan mampu mencapai kelajuan 287 kilometer sejam.
Harga baru kereta itu pada 1963 ialah 6,000, sama harga dengan sebuah rumah berkembar pada 1960-an. Ferrari 250 GTO itu kini adalah kereta kedua termahal di dunia selepas kereta Bugatti keluaran 1936 yang dijual pada harga 26 juta pada 2010.
- Agensi
MUNICH - Ahli astronomi Eropah telah menemui planet berbatu yang didakwa sesuai untuk dihuni hidupan di Bumi dengan menggunakan Teleskop di Balai Pencerap Eropah Selatan.
Ketua penyelidik, Guillem Anglada-Escude berkata, ia mungkin mengandungi sumber air kerana suhu pada permukaannya hampir sama se-perti di Bumi.
Ia terletak sejauh 22 tahun cahaya dan turut mengelilingi bintang digelar GJ 667C.
“Kami turut menemui sebuah lagi planet asing yang mungkin juga boleh didiami hidupan di Bumi Bagaimanapun pemerhatian susulan masih perlu dilakukan untuk menilai kesesuaiannya,” menurutnya.
ASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.
Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.
Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.
Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.
Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.
Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.
Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.
Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.
Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.
Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.
Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi.
- Agensi
KUALA TERENGGANU - Naskhah al-Quran bersadur emas bernilai lebih RM170 juta yang bakal dipamerkan pada pameran Khazanah Islam dari China di Muzium Terengganu bulan depan akan dibekalkan dengan ciri keselamatan dan penjagaan tahap tertinggi.
Dipercayai berusia lebih 500 tahun dan berasal dari Dinasti Ming, China, pihak penganjur juga akan melantik firma keselamatan swasta bagi memastikan keselamatan artifak itu sepanjang enam bulan sesi pameran.
Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, pameran bertaraf antarabangsa itu adalah hasil kerjasama dengan penganjur acara, Topchain Capital Sdn. Bhd.
SHAH ALAM – Kejadian bunyi dengkuran kuat diselang-seli bunyi nyaring frekuensi radio yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak pada malam 11 dan 12 Januari lalu menggegarkan banyak kampung sekitar dan terus menjadi misteri hingga kini.
Salah seorang saksi, guru, Mohammad Ferdauz Jumain, 28, berasal dari Kampung Meranek menceritakan semula detik tersebut berkata, dia terjaga pada jam tiga pagi kerana gangguan bunyi misteri tersebut yang terlalu kuat.
Dia berkata, bunyi itu seolah-olah bunyi dengkuran dari kaki langit namun tidak mengetahui dari mana puncanya.
“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki apa-apa pun, tetapi semakin lama bunyi tersebut semakin kuat. Saya mengejutkan ibu dan ayah, kami terus tertanya-tanya bunyi apa itu. Saya juga sempat menghubungi dan menghantar SMS kepada beberapa kawan terdekat, mereka juga terdengar bunyi yang sama.
“Semakin pelik dengan bunyi itu, saya dan ayah mengambil keputusan memeriksa di luar rumah tetapi kami terkejut kerana bunyi itu dari tempat yang jauh, jiran-jiran saya yang lain pun terjaga,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Ayahnya, Jumain Abang, 69, penduduk asal Kota Samarahan menjelaskan, sepanjang hayat itulah kali pertama dia terdengar bunyi dengkuran yang amat kuat dari langit.
“Kita hanya boleh berdoa kepada ALLAH semoga segalanya selamat dan tidak berlaku apa-apa, mungkin bunyi itu boleh dijelaskan oleh mereka yang pakar,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bunyi tersebut berpunca dari kilang kelapa sawit berdekatan, Ferdauz menafikan dakwaan itu kerana bunyi enjin memproses kelapa sawit tidak mungkin didengari sehingga ke Kampung Muara Tuang yang sejauh 10 kilometer.
Katanya lagi, pada malam pertama kejadian, jiran sekeliling keluar beramai-ramai dari rumah kerana berasa amat pelik di samping perasaan yang takut dan panik.
“Pada malam kedua (12 Januari) saya dan penduduk sekitar Samarahan sudah bersedia untuk merakamkan kejadian tersebut dan Alhamdulillah kami berjaya merakamnya,” katanya.
“Pada malam kedua (12 Januari) saya dan penduduk sekitar Samarahan sudah bersedia untuk merakamkan kejadian tersebut dan Alhamdulillah kami berjaya merakamnya,” katanya.
Jurutera komputer, Mohd Adzil Yusuf, 28, yang tinggal di Desa Ilmu, kira-kira tiga kilometer dari Kampung Meranek turut mendengar bunyi tersebut namun tidak mengesyaki apa-apa pada mulanya.
“Selepas kejadian malam pertama kecoh, saya mengambil keputusan untuk memeriksa sendiri kilang kelapa sawit yang dikatakan punca bunyi itu, namun saya dapati kilang itu tidak mengeluarkan bunyi apa pun,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan dan teori banyak pihak di laman-laman web yang mengatakan bunyi itu berpunca daripada program High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP), Ferdauz tidak menolak kemungkinan itu kerana pada malam kejadian dia sempat melihat awan di langit dalam keadaan ‘bergaris-garis’.
“Bentuk awan pada malam itu seolah seperti kesan asap kapal terbang lurus dalam pertunjukan udara tetapi banyak, jadi berdasarkan kajian saya, kemungkinan HAARP menjadi punca itu ada,” katanya.
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).
DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument (IRI).
IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.
IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.
Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia sejak tahun lepas.
Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya.
Daripada maklumat, sehari sebelum kejadian ini perkara yang sama turut berlaku di Aaborg, Denmark bahkan bunyi aneh yang menakutkan ini pernah didengar dan direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu.
BANGKOK - Seorang wanita memakai pakaian diperbuat daripada kubis semasa dia berada di laluan pejalan kaki di sini semalam.
Dia turut memegang kad yang mempunyai mesej bagi meminta penduduk menjadi pemakan sayur-sayuran.Kelibat wanita itu mendapat perhatian orang ramai yang melalui kawasan pejalan kaki tersebut.
Wanita itu merupakan aktivis pertubuhan Orang Ramai Untuk Layanan Beretika Ke Atas Haiwan (PETA).
Beberapa rakannya turut membantu dia memakai pakaian yang diperbuat daripada kubis itu.
- Agensi
ROM - Ketua Eksekutif pemilik sebuah kapal mewah yang terbalik di Pulau Giglio, Itali menyatakan kapten kapal berkenaan membuat keputusan yang tidak disahkan semasa dia cuba mengubah haluan.Menurut ketua eksekutif itu, Pier Luigi Foshi semalam, pihaknya tidak bersekutu dengan kapten tersebut, Francesco Schettino ekoran perbuatannya itu.
Namun, kata Foshi, pihaknya akan menyediakan bantuan perundangan buat kapten kapal tersebut yang telah ditangkap pihak berkuasa.
Menurutnya, kapal berkenaan yang terbalik pada Jumaat lalu mempunyai laluan perkapalannya yang telah diprogram.
Dia berkata, alat penggera akan berbunyi jika ia berubah haluan.
"Laluan itu telah ditetapkan dengan betul. Secara faktanya, ia terkeluar dari laluan kerana satu sikap muslihat daripada komander (kapten kapal tersebut) yang tidak diluluskan," katanya.
Setakat ini lima orang telah disahkan mati manakala 15 mangsa lagi masih hilang semasa ia membawa 4,200 orang pada malam Jumaat lalu.
Kapal Costa Concordia itu terbalik selepas ia melanggar batu di pulau tersebut.
Kerja-kerja mencari mangsa dihentikan buat sementara semalam ekoran laut bergelora. - Agensi
ROM - Sekurang-kurangnya tiga terbunuh, 70 cedera dan 40 lagi masih hilang selepas sebuah kapal persiar Itali Costa Concordia bermuatan lebih 4,000 orang terbalik di perairan pantai barat Itali, semalam.
Kapten kapal persiaran mewah seberat 114,500 tan metrik itu, Francesco Schettino kini dalam tahanan polis atas kesalahan menyebabkan kematian, menyebabkan kejadian dan meninggalkan kapal tersebut selepas kejadian.
Menurut polis, Schettino bertindak meninggalkan kapal tersebut sebelum penumpang-penumpang dan anak kapal dibawa keluar.
Sewaktu operasi mencari dan menyelamat, anggota bomba menemukan dua pasangan warga Korea Selatan yang menjerit meminta bantuan di bahagian kabin kapal.
Bagaimanapun, dua warga Perancis yang juga penumpang kapal mewah tersebut tidak dapat diselamatkan dan seorang anak kapal warga Peru turut terbunuh.
Difahamkan, lokasi Costa Concordia terbalik merupakan arah laluan yang sering digunakan kapal mewah itu untuk belayar.
Presiden Costa Cruises memberitahu, amat pelik untuk sebuah kapal yang 290 meter panjang terkandas dan terbalik di dalam pelayaran perairan tenang yang hampir dengan persisir pantai.
Pegawai tempatan turut me-nyuarakan kebimbangan, jika berlaku tumpahan minyak kerana dipercayai kapal mewah tersebut baru sahaja berlayar ditambah pula dengan tangkinya yang penuh dengan bahan api.
SHAH ALAM - Pakar-pakar meramalkan yang prob Phobos-Grunt bagi misi ke Marikh yang gagal berfungsi akan jatuh semula ke bumi hari ini.Gambaran artis menunjukkan bagaimana bahan api dari tangki bersalut aluminium pada kapal angkasa itu terbakar ketika memasuki atmosfera bumi, kata satu lapor portal Pendidikan Sains Angkasa.
Beberapa media asing juga membawa laporan itu sejak semalam.
Kapal angkasa Phobos-Grunt yang terkandas di orbit bumi tidak lama selepas ia dilancarkan pada 8 November lalu yang kemudiannya mengelilingi bumi dalam keadaan semakin rendah dari hari ke hari.
Kata portal itu, pegawai-pegawai dari Agensi Angkasa Russia dipetik berkata yang prob itu akan memasuki atmosfera panas bumi pada hari ini.
“Serpihan Phobos-Grunt dijangka akan jatuh pada 15 Januari 2012. Tarikh sebenar mungkin berubah disebabkan faktor-faktor luaran,” kata Alexei Zolotukhin, jurucakap pasukan tentera angkasa Rusia kepada agensi berita Rusia.
Phobos-Grunt adalah sebuah kapal angkasa yang besar dengan berat 14.5 tan.
Sebahagian dari beratnya adalah terdiri daripada bahan api hidrazina toksik, yang menyebabkan sesetengah pemerhati bimbang tentang potensi impak terhadap alam sekitar yang akan muncul ketika proses kemasukkan semula.
Pegawai-pegawai angkasa Rusia telah berulang kali menyatakan kebimbangan tersebut, kata portsl itu.
Ia menambah, bagaimanapun bahan api yang bersalut di dalam tangki aluminium mungkin terbakar di atmosfera bumi yang tinggi.
Malah menurutnya, kebanyakkan serpihan Phobos-Grunt akan menemui nasib yang sama di mana pakar-pakar meramalkan antara 20 hingga 30 serpihan dengan berat maksimum 400 kilogram akan terhempas ke tanah atau air.
"Di mana serpihan-serpihan itu akan terhempas adalah sukar untuk dikatakan pada masa ini kerana penganalisis tidak mengetahui masa yang tepat untuk Phobos-Grunt masuk semula ke atmosfera bumi.
"Sehingga kini, kebanyakkan tempat di bumi adalah mempunyai potensi yang sejajar," kata tulisan portal itu.
“Kami hanya mengetahui ianya akan terhempas antara 51 darjah Utara dan 51 latitud Selatan,” kata Brian Weeden, penasihat teknikal di Yayasan Keselamatan Dunia, dipetik berkata.
'Kematian' Phobos-Grunt adalah begitu rapat dengan dua lagi satelit lain yang jatuh secara tidak terkawal baru-baru ini iaitu satelit iklim UARS milik NASA dengan berat 6.5 tan yang masuk semula dan jatuh ke Lautan Pasifik pada September lalu dan satelit ROSAT milik Jerman dengan berat 2.7 tan yang jatuh ke Lautan Hindi sebulan kemudian.
Misi Phobos-Grunt yang bernilai AS$165 juta bertujuan untuk mengambil sampel tanah dari permukaan sebuah bulan planet Marikh iaitu Phobos dan menghantarnya kembali ke bumi.
Enjin utama kapal angkasa itu tidak terbakar seperti yang dirancangkan untuk memacu Phobos-Grunt ke planet Merah dan menyebabkan ia terkandas di orbit bumi.
Walaupun telah mencuba berulang kali, kata portal itu, jurutera tidak dapat berkomunikasi dengan kapal angkasa berkenaan dan pakar berfikir Phobos Grunt 'mati' dalam air.








