AKTRES filem mencetuskan amarah masyarakat Islam dunia, terpaksa menelan pil tidur apabila merasa dikecam dan tidak selamat selepas protes dan pembunuhan berlaku berikutan tersiarnya klip video Innocence of Muslims di YouTube sejak seminggu lalu.
Anna Gurji, 21, mendakwa melakonkan watak isteri muda kepada seorang lelaki bernama George, tetapi pengarahnya Nakoula Basseley atau dikenali sebagai Sam Bacile, bertindak menukarnya kepada Muhammad.
"Saya tidak tahu George ditukar kepada Muhammad. Kini saya hanya berkurung di rumah. Saya bimbang masyarakat dunia memusuhi saya kerana filem itu.
"Saya penganut Kristian Katolik, jadi mereka terfikir saya juga menentang Islam.Saya berasa dikhianati Bacile. Saya telah dikenali seluruh dunia dan jujur saya akui berasa malu apabila menonton watak itu," katanya kepadaThe Mail Online.
Gurji berkata, selain beliau barisan pelakon filem itu turut diperbodohkan Bacile yang kononnya tajuk filem berkenaan adalah Desert Warrior atau Innocence of Bin Laden selain langsung tidak berkaitan dengan isu keagamaan.
"Saya diberi watak sebagai Hilary. Menurut Bacile, filem itu mengisahkan sebuah komet jatuh di kawasan Timur Tengah, dan perebutan komet berlaku sehingga cetus peperangan untuk merebutnya.
"Filem itu sepatutnya mempunyai banyak kesan khas kerana kami berlakon di hadapan layar hijau. Kos penggambaran rendah, saya hanya dibayar $75 (RM227.73) sehari.
"Saya tidak tahu bagaimana Bacile boleh menukar jalan cerita itu. Mungkin saya bodoh tetapi tiada sesiapa menceritakan hal sebenar.
Tiada seorang pun daripada barisan pelakon terfikir filem ini mempunyai agenda rahsia," katanya mengakui filem itu dirakamkan di California.
Bahana Innocence of Muslims
Nakoula dibawa oleh pegawai persekutuan selepas menyerah diri, kelmarin.
Rusuhan dan protes yang tercetus sejak 11 September lalu dilihat sebagai pengulangan memori insiden serangan di Menara Berkembar di New York, Amerika Syarikat (AS) sekali gus mengilhamkan pengikut anti-Islam dengan menuduh Islam adalah ganas dan jahat.
Jika filem Innocence of Muslims tidak disiarkan, pastinya bangunan Kedutaan AS di Libya tidak dibakar sehingga meragut empat nyawa.
Rentetan itu, pastinya lebih 20 Kedutaan AS di seluruh dunia tidak diserang masyarakat Islam yang berang dengan tindakan Bacile.
Seterusnya, Presiden AS, Barack Obama tentu tidak akan menghantar tenteranya ke Libya dengan satu tujuan iaitu untuk membalas dendam ke atas kematian rakyatnya. Namun, Obama menggunakan alasan mahu bekerjasama bagi menangkap pembunuh dutanya, Christopher Stevens.
Jelas sekali, filem berkenaan telah mencetuskan protes secara besar-besaran dari Maghribi sehingga ke Malaysia. Setakat ini, tujuh terbunuh, ribuan cedera dan rusuhan menular ke Sydney, Australia, semalam.
Semalam, AS terpaksa memanggil balik dutanya di Sudan dan Tunisia selepas mendapat amaran, Al-Qaeda bakal menyerang kerajaan Obama di Arab dan Barat.
Si penghina Nabi disiasat
Masuk hari kelima, protes filem pendek Innocence of Muslims, lelaki Kristian Koptik, Bacile yang berperanan sebagai penerbit dan pengarah filem itu menyerah diri untuk disoal siasat pegawai persekutuan di balai polis Cerritos, Los Angeles, kelmarin.
Bagaimanapun, Bacile, 55, hanya disoal siasat mengenai penglibatan jenayah kewangan yang berpotensi untuk dipenjarakan semula selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan kerana kesalahan penipuan bank pada tahun 2010.
Jurucakap polis memberitahu, pihak berkuasa tidak melakukan siasatan ke atas projek filem berkenaan dan jika sekalipun ia pencetus keganasan kerana AS tidak mengiktirafnya sebagai jenayah berikutan ia termasuk di dalam akta kebebasan bersuara.
.

KREN digunakan untuk menyiapkan menara Lego itu.
PRAGUE, Republik Czech - Sebuah menara yang diperbuat daripada bongkah kecil Lego dibina oleh sejumlah peminat permainan itu di sini kelmarin.
Menara itu setinggi 32.5 meter sekali gus mencipta rekod dunia mengatasi ketinggian binaan yang sama di Britain.
Ketinggian binaan di Winsdor, Britain pada 6 Julai lalu itu kurang 30 sentimeter daripada yang terdapat di sini.
Pembinaan menara itu bermula pada Khamis lalu.
Bongkah kecil yang paling tinggi itu diletakkan oleh pemenang pingat emas dari Republik Czech acara mendayung di Sukan Olimpik London pada Ogos lalu, Miroslava Knapkova.
"Saya bermain pemainan Lego semasa kanak-kanak apabila bapa saya membawanya pulang ke rumah dari luar negara," katanya.
Sebanyak setengah juta bongkah Lego digunakan untuk membina menara tersebut. - Agensi
Nimrod atau ikan 'unicorn' kini dipamerkan di pusat akuatik di Weymouth dan mampu mengubah warna tubuhnya. (Kanan) Pesawat yang didakwa mirip wajah Nimrod.
Malah, para saintis berpendapat seluruh kepala hidupan akuatik itu aneh kerana seakan-akan wajah manusia yang sedang marah.
Bagaimanapun, ikan pelik ini memiliki satu keupayaan yang mengagumkan di mana ia mampu bertukar warna pada badannya.
Sebenarnya, struktur pada kepala ikan yang dianggap hidung itu adalah tanduknya yang berperanan sebagai perisai melindungi diri.
Ikan bertanduk Naso itu sebenarnya berasal daripada negara Latin dan kini sedang dipamerkan di SeaLife Centre di Weymouth, Dorset, Britain.
Satu lagi spesies ikan serupa dinamakan Nimrod sempena pembinaan sebuah pesawat pejuang tentera yang memiliki tanduk.
Penyelia hidupan akuatik Matthew Fuller berkata: "Wajah pelik Nimrod mirip salah satu pesawat tentera dan tiada siapa tahu mengapa ia memiliki tanduk di hadapan kepala sedangkan ia adalah ikan," katanya.
Angkasawan Amerika Syarikat, Neil Armstrong dilaporkan telah meninggal dunia akibat satu komplikasi pembedahan.
Agensi berita AFP melaporkan, doktor menemui sekatan di saluran darah Armstrong, 82, yang menjalani pembedahan jantung pada awal bulan ini.
Keluarga Armstrong dilaporkan berkata, mereka sedih dengan pemergian perintis angkasa lepas itu yang sering memencilkan diri daripada perhatian media.
Siaran televisyen pada 20 Julai 1969 menunjukkan Armstrong dan seorang lagi angkasawan dalam pesawat Apollo 11, Edwin "Buzz" Aldrin mendarat di permukaan bulan.
Armstrong menerima sanjungan ramai tokoh Amerika Syarikat termasuk presiden negara itu, Barack Obama menyifatkan angkasawan tersebut sebagai "wira Amerika".
Penemuan itu memperkukuhkan kajian genetik sebelum ini yang mempercayai manusia moden tinggal di kawasan tersebut sejak 60,000 tahun lalu.
Tengkorak itu ditemui pada kedalaman lebih dua meter di gua tersebut pada tahun 2009.
Kajian tentang tengkorak itu disiarkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences. - AFP
Objek misteri didakwa sebagai UFO ini diambil di Taman Hutan Gunung Phoenix pada minggu lalu.
Kejadian tersebut turut disaksikan dua pekerja pemprosesanpasir di Harbin.
Mereka mendakwa objek terbang berwarna hitam itu seperti helang dan saiznya adalah lebih besar daripada pesawat.
"Ia berlegar-legar selama seminit pada jarak 500 hingga 1,000 meter dari permukaan tanah," menurut saksi, Zhang Wei.
Sementara itu, akhbar China Daily melaporkan Zhang Wei tidak dapat memastikan sama ada ia adalah objek misteri yang sama dilihat di Taman Hutan Gunung Phoenix pada minggu lalu yang terletak kira-kira 200 kilometer dari kilang pasir tersebut.
Pengurus Taman Hutan Gunung Phoenix, Kang Tai berkata, pihaknya sering kali menerima laporan mengenai kewujudan UFO di kawasan taman itu sejak 18 tahun lalu.
Namun, kurator di Planetarium Beijing yang membuat penyelidikan mengenai UFO mendakwa, objek itu sebenarnya adalah serangga.
"Imej menunjukkan ia adalah spesies serangga kerana mempunyai sayap. Objek itu kelihatan terang berikutan pancaran lampu kilat kamera," jelasnya.
WASHINGTON - Sekumpulan saintis Amerika Syarikat menemui tembikar berusia 29,000 tahun di Gua Xianrendong, wilayah utara Jiangxi, China.
Penemuan itu, merungkai cara manusia menyimpan makanan dan jenis nutrien pada zaman itu.
Menurut kajian, radiokarbon menunjukkan tembikar itu turut digunakan untuk mengukus dan memasak bersesuaian dengan cara masakan negara China.
Profesor Jabatan Pengajian Asia Timur, Universiti Ibrani, Gideon Shelach berpendapat, aktiviti pembuatan tembikar dipercayai mendahului pertanian.
Sebelum ini, serpihan tembikar berusia 20 ribu tahun ditemui di Jepun dan timur Rusia.
WASHINGTON - Percaya atau tidak terdapat lebih 10,000 spesies bakteria hidup di dalam tubuh manusia sihat.
Seorang penyelidik dari Universiti Washington di St Louis, Amerika Syarikat, Dr Phillip Tarr membuktikan, bakteria itu hidup pada kulit, usus, hidung dan beberapa bahagian lain dalam anggota badan manusia.
"Saintis membuktikan badan sihat berupaya berkongsi hidup dengan berpuluh ribu bakteria dan kulat dalam satu masa.
"Kebanyakan organisma ini berfungsi sebagai mengekalkan kesihatan manusia bersama tindak balas positif daripada air di dalam badan manusia," katanya.
Kajian bernilai AS$173 juta(RM547 juta) ini telah dibiayai oleh Institut Kesihatan Amerika Syarikat dengan melibatkan lebih 200 orang pelbagai peringkat usia.
SICHUAN - Tang Shuquan menawarkan ganjaran 10,000 pound (RM49,000) kepada sesiapa yang boleh membuat memek wajah pelik seperti dilakukan olehnya.
Pemegang Rekod Dunia Guinness dari China untuk kategori muka terhodoh berumur 43 tahun itu kini mencabar pesaingnya yang mempunyai kelebihan serupa.
Shuquan menyatakan dia mengambil masa tujuh tahun untuk berlatih sebelum merealisasikan bakat unik tersebut di peringkat antarabangsa kira-kira 10 tahun lalu.
Mac lalu, dia mengambil bahagian dalam rancangan televisyen, Rekod Dunia Guinness di Itali dan dianugerahkan AS$10,000 (RM32,000) serta pingat atas bakat luar biasanya.
BERLIN 4 Jun - Israel dikatakan sedang memasang peluru berpandu nuklear pada kapal selam buatan Jerman yang dibelinya.
Maklumat yang dipaparkan menerusi Majalah Der Spiegel bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang sumber untuk laporan tersebut namun menyifatkan ia dibuat berdasarkan penyelidikan terperinci.
Menteri Pertahanan Israel bagaimanapun enggan mengulas berhubung laporan itu dan akan menelitinya walaupun negara berkenaan tidak pernah menafi atau mengiakan mereka mempunyai senjata nuklear.
LONDON- Sebuah kereta Ferrari dijual dengan harga 20 juta (RM100 juta), menjadikannya kereta paling mahal di Britain.
Ia satu daripada 39 model kereta siri 250 GTO yang dibuat dari 1962 hingga 1964.
Kereta berkenaan dipercayai dijual oleh pengumpul kereta Ferrari, Jon Hunt yang membelinya pada 2008 dengan harga 15.7 juta, rekod dunia ketika itu.
Hunt yang mengasaskan agensi hartanah Foxtons sebelum menjualnya dengan harga 370 juta pada 2007, menjual Ferrari buatan 1963 itu pada harga 20.2 juta, mencatatkan keuntungan sebanyak 4.5 juta dalam masa hanya tiga tahun.
Kereta yang bernombor plat 5095 itu dilengkapi enjin V12 dan mampu mencapai kelajuan 287 kilometer sejam.
Harga baru kereta itu pada 1963 ialah 6,000, sama harga dengan sebuah rumah berkembar pada 1960-an. Ferrari 250 GTO itu kini adalah kereta kedua termahal di dunia selepas kereta Bugatti keluaran 1936 yang dijual pada harga 26 juta pada 2010.
- Agensi
MUNICH - Ahli astronomi Eropah telah menemui planet berbatu yang didakwa sesuai untuk dihuni hidupan di Bumi dengan menggunakan Teleskop di Balai Pencerap Eropah Selatan.
Ketua penyelidik, Guillem Anglada-Escude berkata, ia mungkin mengandungi sumber air kerana suhu pada permukaannya hampir sama se-perti di Bumi.
Ia terletak sejauh 22 tahun cahaya dan turut mengelilingi bintang digelar GJ 667C.
“Kami turut menemui sebuah lagi planet asing yang mungkin juga boleh didiami hidupan di Bumi Bagaimanapun pemerhatian susulan masih perlu dilakukan untuk menilai kesesuaiannya,” menurutnya.










