AL-BAIDA - Sebuah istana milik pemimpin Libya, Muammar Gaddafi di bandar ini diselongkar dan dirosakkan oleh kumpulan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahannya, lapor stesen televisyen Al-Jazeera semalam.
Istana itu dihiasi dengan tumbuhan hijau, sebuah kolam renang tertutup, sauna dan jakuzi untuk tetamu-tetamunya.
Menurut stesen televisyn itu, istana itu dilengkapi dengan kubu bawah tanah yang dibina untuk perlindungan selama beberapa bulan jika beliau diserang dengan senjata bukan konvensional.
Kubu bawah tanah itu dilengkapi dengan sistem penapisan udara dan janakuasa untuk tujuan kecemasan.
Alat penggera kebakaran, paip air dan tangga digunakan untuk membantu pemimpin tersebut melarikan diri jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Dalam imej yang disiarkan stesen televisyen itu, beberapa orang merosakkan barang-barang yang terdapat di dalam istana tersebut.
Istana itu diceroboh selepas para penunjuk perasaan berjaya menguasai bandar ini daripada tentera upahan Gaddafi baru-baru ini.
Gaddafi kini berdepan dengan penentangan rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya selama hampir 42 tahun kerana sumber kekayaan negara tidak digunakan untuk membantu kehidupan rakyat yang miskin.
Kebangkitan rakyat itu didorong oleh kejayaan tunjuk perasaan yang berjaya menyebabkan Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan selepas hampir 29 tahun beliau memerintah.
Gaddafi sanggup menggunakan bedilan peluru berpandu dan tentera upahan untuk memerangi penunjuk perasaan yang menentang pemerintahannya namun beberapa buah bandar dilaporkan sudah jatuh ke tangan para penunjuk perasaan. - Agensi
Pakar-pakar arkeologi menemui sembilan makam purba di wilayah Cusco, kata pemerintah Peru seperti yang dilaporkan sebuah akhbar kelmarin.
Makam-makam itu berasal daripada Tamadun Wari yang telah lama wujud di Peru sebelum negara Amerika Selatan itu dijajah oleh Sepanyol pada tahun 1500.
Penemuan penting tersebut yang dibuat di banjaran Andes, selatan bandar ini, menunjukkan bangsa Wari terlebih dahulu memerintah rantau berkenaan sebelum empayar Inca berkembang pesat.
Tamadun Wari memiliki zaman kegemilangan di Andes di antara tahun 700 hingga 1200.
"Penemuan ini adalah penemuan terbaru yang paling penting iaitu sejak penemuan Machu Picchu," kata seorang pegawai tempatan, Juan Garcia.
Machu Picchu merupakan kota peninggalan tamadun Inca di Peru yang ditemui pada 1911.
Kota bersejarah itu menerima kehadiran 500,000 pelawat pada setiap tahun.
"Bangsa Inca mungkin mendapat inspirasi daripada tamadun Wari dalam membangunkan sistem politik mereka," kata Menteri Pelancongan Peru, Juan Ossio
Bangsa Inca membina empayar terbesar di rantau Amerika di antara tahun 1400 dan 1531. - Agensi
MOSCOW - Seorang seniman di bandar Omsk, Siberia, Rusia, Anatoly Konenko mencipta sebuah akuarium paling kecil di dunia yang mengandungi air dua sudu teh, lapor sebuah akhbar Metro.co.uk semalam.
Akuarium itu dilengkapi dengan satu penapis air dan ia mengambil masa selama dua minggu untuk dihasilkan.
Menurut akhbar dalam talian, Voice of Russia, akuarium itu dilengkapi dengan pasir, batu pelbagai warna, ikan dan rumpai laut yang mengandungi air sebanyak 10 mililiter.
Konenko merupakan pakar dalam menghasilkan pelbagai perhiasan mini sejak 30 tahun lalu.
Dia sebelum ini menghasilkan tulisan pada beras dan rambut manusia. - Agensi
Penduduk di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur mengerumuni sebuah kubur yang dikatakan mengeluarkan suara seperti orang menangis, lapor akhbar dalam talian Tribunnews.com semalam.
Kubur itu yang menempatkan jenazah seorang remaja perempuan di Prumpung, Desi Tri yang berusia 15 tahun itu menjadi tumpuan orang ramai sejak pagi semalam.
Desi meninggal dunia pada 18 Februari lalu kerana sejenis penyakit.
Menurut seorang jirannya, Bony, 38, dia turut mendengar cerita bahawa Desi didapati masih hidup semasa solat jenazah.
Bagaimanapun, seorang wakil ketua kampung, Bambang berkata, dia tidak mendengar suara tangisan dari dalam kubur tersebut.
Dia menjelaskan, jika kubur itu mahu digali semula, ia perlu mendapatkan persetujuan daripada keluarganya.
- Agensi
WAREHAM, Britain - Seekor labah-labah yang ditemui di Arne, dekat ini mempunyai wajah seperti manusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang pekerja Persatuan Diraja Untuk Perlindungan Burung, Mark Singleton menemui labah-labah itu baru-baru ini.
Menurutnya, labah-labah itu memiliki wajah seperti manusia di bahagian perutnya.
- Agensi
Seperti zon perang. Itulah gambaran yang diberi pelajar Malaysia di Christchurch, New Zealand selepas gempa bumi dengan kekuatan 6.3 pada skala Richter melanda wilayah itu pukul 12.51 tengah hari waktu tempatan kelmarin (waktu Malaysia pukul 8.19 pagi semalam).
“Keadaan seperti kena bom dan seolah-olah di zon perang. Saya tercampak beberapa meter dari tempat bekerja hingga menyebabkan kaki saya lebam teruk serta kasut koyak,’’ kata Abdullah Mohd. Nawi ketika dihubungi Bernama.
Pelajar ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Universiti Canterbury itu sempat berlindung di bawah meja bagi mengelakkan dihempap oleh benda yang jatuh.
“Sebaik keluar dari bangunan itu, saya agak hilang arah, rasa takut jangan cakaplah apatah lagi apabila melihat keadaan sekeliling orang berlari-lari untuk selamatkan diri serta bunyi siren bomba, polis dan ambulans,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai melarikan diri ke kawasan lapang bagi mengelakkan diri daripada ditimpa runtuhan.
Abdullah bagaimanapun tetap bersyukur isteri serta dua anaknya yang berada di kediaman mereka juga terselamat.
Kejadian gempa yang melanda itu menyebabkan sekurang-kurangnya 65 terbunuh serta ramai lagi terperangkap di celah-celah runtuhan.
Saintis mendapati seks oral lebih berisiko menyebabkan barah tekak berbanding penggunaan tembakau menerusi aktiviti merokok, lapor sebuah akhbar semalam.
Berdasarkan hasil kajian terbaru, saintis-saintis mendapati aktiviti itu merupakan punca utama barah tekak dalam kalangan individu berusia di bawah 50 tahun.
Mereka berkata, virus papilomma manusia (HPV) yang merebak ketika aktiviti itu menjadi punca peningkatan barah tekak sejak beberapa dekad kebelakangan ini.
"Berpandukan bukti saintifik semata-mata, kami tidak tahu sama ada vaksin itu dapat mengekang jangkitan HPV yang menyebab-kan kanser," kata seorang penyelidik berkenaan, Profesor Maura Gillison dari Universiti State Ohio di sini.
"Namun, pakar-pakar bidang perubatan optimistik bahawa pelalian dapat mencegah jangkitan barah tekak akibat HPV," tambahnya.
Sebelum ini, HPV didapati menjadi punca 70 peratus kes kanser serviks dalam kalangan wanita.
Sejak 2008, gadis berusia 12 dan 13 tahun di sekolah-sekolah telah diberi pelalian mencegah virus tersebut. - Agensi
Berdasarkan hasil kajian terbaru, saintis-saintis mendapati aktiviti itu merupakan punca utama barah tekak dalam kalangan individu berusia di bawah 50 tahun.
Mereka berkata, virus papilomma manusia (HPV) yang merebak ketika aktiviti itu menjadi punca peningkatan barah tekak sejak beberapa dekad kebelakangan ini.
"Berpandukan bukti saintifik semata-mata, kami tidak tahu sama ada vaksin itu dapat mengekang jangkitan HPV yang menyebab-kan kanser," kata seorang penyelidik berkenaan, Profesor Maura Gillison dari Universiti State Ohio di sini.
"Namun, pakar-pakar bidang perubatan optimistik bahawa pelalian dapat mencegah jangkitan barah tekak akibat HPV," tambahnya.
Sebelum ini, HPV didapati menjadi punca 70 peratus kes kanser serviks dalam kalangan wanita.
Sejak 2008, gadis berusia 12 dan 13 tahun di sekolah-sekolah telah diberi pelalian mencegah virus tersebut. - Agensi
Seekor ikan buaya paling berat di dunia berjaya ditangkap oleh seorang pemancing, Kenny Williams di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Berat ikan itu ialah 148.32 kilogram (kg), panjang 2.59 meter dan dianggarkan berusia di antara 50 hingga 70 tahun.
Sebelum ini seekor ikan buaya berjaya ditangkap di Rio Grande, Texas pada 1951 dengan berat 126.55kg.
Menurut Williams, pada mulanya dia tidak mengetahui bahawa ikan yang ditangkapnya pada 14 Februari lalu itu cukup besar.
Lelaki tersebut berkata, selepas dia menaikkan tangkapannya di atas bot, dia berasa terkejut melihat ikan buaya itu yang terlalu besar.
Williams membuat keputusan untuk menyerahkan ikan itu kepada Muzium Sains Semula Jadi Mississippi di Jackson untuk dipamerkan kepada orang ramai. - Agensi
BARCELONA - Anda mungkin mempunyai sebab untuk bimbang jika anda mendapat panggilan di telefon bimbit berbunyi "Tuan, ambulans dalam perjalanan". Kerana itulah pesanan paling buruk yang anda akan dapat jika membeli sebuah telefon bimbit EPI Life yang dipasang khas dengan alat pengesan degupan jantung mini.
Telefon bimbit baru yang dicipta oleh sebuah syarikat di Singapura itu mengesan denyutan nadi apabila pengguna memicit butang penerima khas dan maklumat kesihatan akan dihantar terus kepada pusat kesihatan yang beroperasi 24 jam.
Ketua perubatan EPI, Chow U-Jin berkata, penciptaan telefon baru ini adalah revolusi dunia perubatan yang mempunyai kepentingan dari segi kesihatan.
"Anda boleh menggunakannya sebagai telefon biasa tetapi pada masa sama ia juga boleh digunakan sebagai pengesan degupan jantung," katanya di persidangan industri telefon bimbit di Barcelona.
Lebih 2,000 unit telefon bernilai AS$700 (RM2,100) telah berada di pasaran sejak tahun lalu dan disasarkan kepada pengguna yang menghidap masalah jantung.
Hampir 15 lagi penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Libya di Benghazi, sebelah timur negara itu semalam — pergolakan paling buruk dalam 42 tahun kepimpinan Muammar Gaddafi.
Penembak hendap melepaskan tembakan ke atas penunjuk-penunjuk perasaan, kata penduduk tempatan yang tidak mahu namanya didedahkan.
“Berdozen terbunuh... bukan 15, tetapi berdozen. Kami di tengah pembunuhan beramai-ramai di sini,” katanya dipetik Reuters.
Sebelum semalam, badan pemerhati Human Rights Watch menganggarkan 84 orang telah terbunuh ekoran tunjuk perasaan rakyat di negara itu.
Ini disebabkan kemungkinan La Nina berlaku untuk meneutralkan keadaan dalam separuh kedua tahun ini, menurut ramalan Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC).
Keadaan cuaca ini dilaporkan oleh ASMC kepada menteri-menteri alam sekitar Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu peringkat kecil Menteri Rantau ke-11 mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan di sini semalam.
Malaysia diwakili Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, menteri-menteri berkenaan juga mengambil kira jangkaan cuaca ASMC bagi tempoh yang kadangkala cuaca kering dalam masa dua bulan akan datang di rantau ini.
Negara-negara MSC juga bersetuju untuk terus mengawasi dan bersiap sedia menghadapi berlakunya jerebu rentas sempadan akibat dari kebakaran semasa tempoh cuaca kering yang berpanjangan dalam bulan akan datang.
Kenyataan itu berkata menteri-menteri berkenaan juga melahirkan penghargaan mereka kepada Indonesia kerana meningkatkan usaha baru mereka dalam pelaksanaan Pelan Tindakan (PoA) Menangani Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan di negara.
Antara tindakan yang diambil Indonesia ialah mengukuhkan kapasiti (Masyarakat Peduli Api) mengenai sistem amaran kebakaran pengawaalan awal,peningkatan penyaluran maklumat mengenai tompok panas dan kempen teknik bebas dan mesosialisasikan undang-undang dan peraturan di Sumatra dan Kalimantan,Indonesia.
Indonesia juga memperuntukkan kira-kira US$18.2 juta untuk mengukuhkan Briged Api Manggala Agni di Taman Negara dan unit pemuliharaan sumber asli di seluruh negara.
Menteri-menteri itu juga berjaya melaksanakan kerjasama Indonesia-Malaysia di Provinsi Riau, dan kerjasama Indonesia-Singapura di Provinsi Jambi, dalam pengurusan mengawal jerebu.
Agensi Angkasa Lepas Jepun sedang mempertimbangkan untuk menghantar robot manusia ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk menjadi pembantu dan menjadi pemerhati keadaan tahap kesihatan para angkasawan. Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) mengumumkan rancangan untuk menghantar robot manusia itu menjelang 2013 dan ia juga boleh berkomunikasi dengan manusia di bumi dengan menggunakan laman blog Twitter.
JAXA menyatakan bahawa robot itu adalah sebahagian daripada usaha projek besar di Jepun untuk mencipta robot bersifat seperti manusia.
Rancangan itu adalah susulan daripada program R-2 'Robonaut' yang diusahakan oleh Pusat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Antarabangsa (NASA) dan akan dilancarkan oleh pesawat angkasa lepas Discovery pada minggu hadapan.
Jepun adalah antara negara utama yang menghasilkan pelbagai jenis robot.






