Teleskop Hubble kesan galaksi 13.2 bilion tahun

MogaSejahtera | 10:40 AM | 3 comments


WASHINGTON - Sebuah galaksi purba yang dipercayai terbentuk 13.2 bilion tahun lalu, dikesan melalui Teleskop Angkasa Hubble milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), menurut penyelidik angkasalepas, Rabu lalu. 

Penyelidik dari Universiti California, Garth Illingworth berkata, teleskop tersebut berjaya mengesan satu cahaya bintang dari objek malap, di mana ia mungkin sudah lama terbentuk ketika alam semesta ini hanya berusia 480 juta tahun.

"Sekiranya kami dapat menyelidik dengan lebih mendalam, kami mungkin dapat lihat bagaimana keadaan sebenar galaksi itu ketika ia pertama kali terbentuk," katanya.

Galaksi dipercayai mula terbentuk pada 13.2 bilion tahun lalu, selepas kejadian letupan besar 'Big Bang' yang mencipta berjuta-juta alam semesta sekarang.

Menurut Illingworth lagi, Teleskop Angkasa Hubble yang dilancarkan pada 1990, boleh mengesan cahaya malap dari galaksi purba tersebut disebabkan orbitnya berada di luar kawasan atmosfera bumi.

Category :

3 comments :

  1. @Cik Miera..... sebenarnya banyak lagi kejadian tuhan yang kita tidak nampak dan ketemui. Satu kita ketemui, tetapi berjuta lagi yang tersembunyi.

    ReplyDelete
  2. hebat sungguh ciptaan tuhan

    entry terkini:2nd BE from nuffnang

    ReplyDelete