Wasiat 100 tahun termakbul

MogaSejahtera | 11:22 AM | 2 comments


Seorang lelaki kaya Perancis meminta supaya tiada sesiapa menyentuh rumah agam mewah miliknya selama 100 tahun selepas dia meninggal dunia pada 1905. 

Louis Mantin mewasiatkan rumah agam digelar sebagai 'Maison Mantin' yang terletak di Moulins, Perancis Tengah itu untuk dijadikan muzium khas dan didekasikan khas untuk dirinya.

Matlamatnya adalah untuk memastikan pengunjung mengalami sendiri cara hidupnya pada masa itu dan menyaksikan keunikan rumah dan perabot mewah yang melengkapi rumah agam itu.

Mantin yang tidak pernah berkahwin dan meninggal dunia pada umur 54 tahun juga mempunyai minat terhadap hasil seni, sejarah alam dan bidang arkeologi.

Tetapi, kini dengan dana sebanyak 2.9 juta pound (RM14 juta) yang dibiayai kerajaan tempatan, rumah agam itu bertukar menjadi muzium seperti apa yang dihajatkan oleh Mantin.

Proses pemulihan rumah itu bermula sejak empat tahun lalu dan dilakukan oleh 30 pakar untuk memastikan ia menjadi seperti dalam keadaan asal.

Category :

2 comments :

  1. Teringin nak pi tengok umah dia..
    nak tengok cara dia hidup time zaman tuu..


    MySuaraBlog: Ibu Terkecil

    ReplyDelete
  2. @ZWAN SABRI..... elok gak tu. sya pun rasa nak gi klu boleh

    ReplyDelete