WASHINGTON - Sebuah galaksi purba yang dipercayai terbentuk 13.2 bilion tahun lalu, dikesan melalui Teleskop Angkasa Hubble milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), menurut penyelidik angkasalepas, Rabu lalu. 

Penyelidik dari Universiti California, Garth Illingworth berkata, teleskop tersebut berjaya mengesan satu cahaya bintang dari objek malap, di mana ia mungkin sudah lama terbentuk ketika alam semesta ini hanya berusia 480 juta tahun.

"Sekiranya kami dapat menyelidik dengan lebih mendalam, kami mungkin dapat lihat bagaimana keadaan sebenar galaksi itu ketika ia pertama kali terbentuk," katanya.

Galaksi dipercayai mula terbentuk pada 13.2 bilion tahun lalu, selepas kejadian letupan besar 'Big Bang' yang mencipta berjuta-juta alam semesta sekarang.

Menurut Illingworth lagi, Teleskop Angkasa Hubble yang dilancarkan pada 1990, boleh mengesan cahaya malap dari galaksi purba tersebut disebabkan orbitnya berada di luar kawasan atmosfera bumi.

YOGYAKARTA, Indonesia - Belum reda kekecohan mengenai bulatan tanaman yang dipercayai jejak objek terbang tidak dikenali (UFO) di Sleman, kelmarin, warga Yogyakarta kembali digemparkan dengan penemuan satu lagi bulatan misteri, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Bulatan misteri kedua itu bercorak geometri yang baru itu ditemui di Dusun Wanujoyo Kidul, Desa Srimartani Kecamatan Piyungan, Kabupaten Bantul, Yogyakarta.
Ia terletak lima kilometer dari bentuk bulatan pertama yang ditemui di sawah padi di Sleman tetapi ukurannya pula lebih kecil.
"Saya sedang mencari rumput, saya lihat banyak padi yang landai dan membentuk bulatan," kata seorang pemuda Harjono, yang menemui corak bulatan misteri itu.
Ia dipercayai terbentuk lebih lima hari berdasarkan sebahagian padi yang rebah sudah mula tegak berdiri.
Lebih menghairankan, padi yang rebah itu juga tidak patah.
Menurut seorang penduduk tempatan Tukijo, 53, yang tinggal dalam jarak sekitar 100 meter dari tempat corak aneh itu ditemui, dia tidak mendengar bunyi suara atau melihat cahaya sebelum lingkaran itu ditemui.
"Tiada sebarang tanda-tanda ganjil sebelum bentuk bulatan itu ditemui," katanya.
Kawasan itu kini dipagari dengan garisan polis bagi mengelak dipijak oleh orang ramai yang berpusu-pusu tiba kerana mahu melihat fenomena tersebut.
Sementara itu, beribu-ribu orang membanjiri daerah Sleman semalam semata-mata untuk melihat sendiri bulatan misteri yang pertama.
Bulatan itu memiliki corak seperti bunga dengan luas sekitar 70 meter.
Ia kini menjadi tumpuan orang ramai sehingga polis terpaksa memagari kawasan itu dengan menggunakan pita berwarna kuning bagi menghalang bulatan itu dipijak oleh orang ramai.

Beberapa penduduk kampung di Sleman pula mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran kepada orang luar yang datang untuk melihat bentuk misteri itu.
Ketua kampung Jogotirto tempat corak aneh itu ditemui, Guntur Purwanto berkata, bulatan itu muncul di tengah-tengah sawah bendang pada Ahad lalu.
Antara yang hadir semalam dan turut memberikan pendapat mengenai bentuk itu ialah beberapa pegawai dari agensi angkasa lepas Indonesia, ahli-ahli astronomi dan pegawai-pegawai agensi nuklear.
Kesemua mereka bagaimanapun, bersetuju bentuk misteri itu bukan disebabkan UFO.

- Agensi
Seekor harimau yang berkeliaran di pusat peranginan pelancong di Nepal dipindahkan ke hutan selepas kolar pengesan dipasang supaya pergerakannya dapat dipantau oleh satelit, menurut kerajaan Nepal.

Haiwan mamalia itu dipindahkan sejauh 600 kilometer ke hutan terpencil di Bardia, yang terletak di barat Nepal oleh sekumpulan doktor haiwan, kelmarin.

Harimau yang dinamakan Namobuddha itu dipasangkan kolar pengesan yang dilengkapi sistem penentu kedudukan global (GPS) bagi membolehkan saintis memantau bagaimana haiwan itu menyesuaikan diri di habitat baru.

Menteri Perhutanan dan Pemuliharaan Tanah, Deepak Bohara berkata, usaha itu akan membantu pihak berkuasa memahami cara hidup spesies haiwan terancam di Nepal.

Pemindahan harimau itu juga adalah sebahagian daripada usaha untuk menggandakan populasi spesies harimau Royal Bengal yang semakin pupus dan terancam akibat aktiviti manusia di bahagian selatan negara tersebut.


YOGYAKARTA, Indonesia - Tujuh petak sawah padi di Krasakan di Sleman, Yogyakarta mempunyai corak bulatan ganjil yang dipercayai penduduk dihasilkan oleh objek terbang tidak dikenali (UFO), lapor akhbar Jakarta Post semalam.
Bukan sahaja Jakarta Post tetapi banyak akhbar lain di Indonesia turut melaporkan mengenai penemuan unik itu.
Corak bulatan ganjil pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat seperti Britain sejak tahun 1980.
Bentuk bulatan yang ganjil itu dikaitkan dengan UFO di Barat ekoran ia mempunyai bentuk geometri dan tiasa saksi yang melihat manusia yang melakukannya.
Bentuk ganjil yang ditemui di Sleman itu mengandungi corak segi tiga dan dua bulatan kecil di bahagian tengah bulatan yang besar berdiameter di antara 25 meter hingga 30 meter itu ditemui penduduk tempatan pada pagi Ahad lalu.
"Saya berpendapat, ia (bulatan ganjil itu) ditinggalkan oleh sebuah kapal angkasa asing seperti yang saya lihat di televisyen," kata seorang penduduk, Cahyo Utomo semalam.
"Adalah tidak munasabah, bulatan itu dibuat hasil tiupan angin atau haiwan lain," tambahnya.
Bulatan itu yang terletak dekat dengan sebuah kawasan rumah penduduk kelihatan seperti satu kerja seni geometri manakala kawasan sawah padi lain tidak mengalami sebarang kesan yang sama.
Bulatan ganjil itu kali pertama dilaporkan oleh seorang petani, Tukiman pada pukul 6 pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Sleman, Iwan Ramaini berkata, dia tidak pasti jika corak bulatan itu dicipta oleh UFO atau ia merupakan fenomena semula jadi. Satu siasatan polis sedang dilakukan berhubung kejadian itu.
Namun, seorang pegawai polis yang mendegar keterangan daripada enam petani yang memiliki tujuh petak sawah percaya, bulatan itu bukan buatan manusia.
"Mereka bilang (para petani itu) nggak (tidak) mungkin itu dibuat oleh manusia," kata seorang pegawai polis, I Made Muliawan kepada wartawan akhbar dalam talian detikcom.
Menurutnya, petani-petani itu tidak melihat terdapat kegiatan mencurigakan di kawasan sawah padi tersebut.
"Tidak ada keterangan yang menyebutkan, melihat ada orang melakukan hal-hal aneh di sawah itu," katanya.
Dia berkata, salah seorang pemilik sawah itu pernah mendengar bunyi bising pada malam sebelum corak itu ditemui.
"Malam hari ada yang bilang mendengar suara seperti pesawat turun, terus pastinya dia melihat di sawahnya," kata pegawai polis itu.
Menurutnya, pihak polis menghalang orang ramai mendekati kawasan yang mengandungi objek misteri itu.
Dia berkata, sekatan itu dibuat kerana pihaknya bimbang orang ramai akan memijak pohon padi sekali gus menjadi rosak dan merugikan petani.

- Agensi





Pentadbiran bandar Abu Dhabi di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memajukan bandar mesra alam terbesar di dunia dengan menggunakan teknologi paling canggih.
Bandar mesra alam itu dikenali sebagai bandar Masdar yang boleh menempatkan 40,000 penduduk dan projek tersebut bermula sejak 2006.
Dibina di pinggir bandar Abu Dhabi, bandar Masdar yang langsung tidak mengeluarkan gas karbon bakal menjadi contoh kepada bandar mesra alam pada masa depan.
Bandar itu memperoleh penghuni pertamanya pada Oktober lalu apabila sekumpulan 175 orang pelajar menyertai projek Masdar.
Institut Sains dan Teknologi Masdar turut dibangunkan dengan kerjasama Institut Teknologi Massachusetts.
Sebuah kereta tanpa pemandu yang dikendalikan sistem navigasi canggih turut digunakan di kampus tersebut.
Buat masa sekarang, apa yang ada hanyalah kampus institut pengajian yang meliputi satu kluster bangunan dengan bumbungnya dipenuhi dengan panel solar serta sebuah ladang yang memperoleh tenaga solar.
"Kami memiliki sistem fotovolta berkuasa 10 megawatt di tapak yang mampu menjana banyak kuasa elektrik yang perlu disalurkan menerusi grid," kata Pengarah Masdar Power, Frank Wouters.
Masdar turut membangunkan loji kuasa solar berkapasiti 100 megawatt dengan kerjasama syarikat Total dari Perancis dan Abengo Sepanyol yang diberi nama Shams 1.
Ia dikatakan sebagai loji kuasa solar terbesar di dunia dan menelan kos sehingga AS$600 juta (RM1.83 bilion).
Abu Dhabi ialah antara negara Arab yang memiliki simpanan minyak paling banyak di dunia.

- Agensi

TOKYO - Pengangkutan lama kembali menjadi baru apabila sebuah syarikat Jepun memperkenalkan beca elektronik mesra alam pada Pameran Teknologi Automotif dan Elektronik di Tokyo, Rabu lalu. 

Beca Meguru adalah kenderaan beroda tiga dengan tiga tempat duduk dan digerakkan menggunakan kuasa hanya sebuah bateri litium-ion dan mampu mencecah kelajuan maksimum 40 kilometer sejam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yodogawa, Nobuyuki Ogura berkata, kenderaan itu lebih mesra alam kerana menggunakan buluh yang dikitar semula dan dilengkapi tingkap boleh ubah, kincir angin dan selimut untuk disesuaikan dengan musim dan suhu persekitaran.

Beca berharga satu juta yen (RM37 ribu) itu juga boleh dihapuskan secara mesra alam tanpa memberi sebarang kesan buruk kepada alam sekitar.

"Kami menggunakan bahan semulajadi dalam menghasilkan beca ini jadi jika anda sudah tidak mahu menggunakannya, anda boleh menanam kenderaan ini dalam tanah," menurut Ogura.


Sebuah menara setinggi 135 meter dengan dua ciri istimewa, iaitu menara peninjau dan sebuah restoran, yang dianggar menelan kos lebih RM10 juta akan dibina sebagai mercu tanda baru pulau peranginan ini. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau yakin pembinaan menara yang dirancang sejak lebih 20 tahun itu bakal menjadi tarikan baru pelancongan.
“Saya diberi penghormatan menamakan menara itu, tapi belum dapat nama yang sesuai sehingga kini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah di tapak pembinaan menara itu di Pantai Kuah hari ini.
Beliau berkata menara itu akan membolehkan lebih 50 pengunjung berada di tingkat atas pada satu-satu masa, dan pelancong dapat melihat pemandangan indah di sekelilingnya, termasuk ketika matahari terbenam.
Selain itu, pengunjung boleh menikmati makanan di sebuah restoran yang akan ditempatkan di menara tersebut.
Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri menyokong pembinaan menara tersebut.
“Kita memberi kemudahan kepada syarikat yang hendak membangunkan menara itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pecah tanah itu.
Pengerusi Eksekutif Syarikat Blackrock Datuk Abu Hassan Mohamed sebagai pemaju projek itu berkata, tanah seluas 11.33 hektar di pesisir pantai berhampiran Kuah akan ditebus guna pada bulan depan.
Beliau berkata projek pembinaan menara itu akan bermula Mac ini dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.
Katanya, sebuah pusat sehenti pelancongan dan gerai makanan yang menghidangkan juadah tempatan akan turut dibina di kawasan menara sebagai tarikan.
Selain itu, kawasan nelayan di situ akan dibangunkan untuk manfaat bersama.

— Bernama

KIEV, Ukraine - Seekor buaya berusia 14 tahun, Gena enggan makan sebarang makanan selepas ia menelan satu telefon bimbit milik seorang wanita yang terjatuh ke dalam kurungan haiwan itu di sebuah akuarium di bandar Dnipropetrovsk.
Pada mulanya, para pekerja akuarium itu tidak percaya dakwaan wanita tersebut yang berumur 20-an bahawa telefon bimbitnya ditelan buaya tersebut.
"Namun, apabila telefon itu berbunyi dan bunyinya datang dari dalam perut buaya tersebut, kami mengetahui dia (ibu tersebut) tidak berbohong," kata seorang pekerja di akuarium berkenaan, Alexandra.
Wanita berkenaan terjatuh telefon itu semasa dia mahu merakamkan aksi buaya tersebut sedang membuka mulutnya.
Ekoran tertelan telefon itu, buaya tersebut tidak makan selama empat minggu dan kelihatan murung dan sakit.
Alexandra berkata, kelakuan buaya jantan tersebut berubah selepas ia menelan telefon itu kerana ia kini bergerak amat perlahan dan kurang berenang berbanding sebelum ini.
Ketua doktor haiwan, Oleksandr Shushlenko berkata, jika buaya berkenaan masih enggan memakan sebarang makanan, haiwan itu akan menjalani pemeriksaan sinar X.

- AP/Kosmo
Satu ombak besar yang ganjil melanda pantai Stanwell Park, Sydney  menyebabkan seorang maut dan seorang lagi kritikal manakala puluhan lagi terpaksa mendapatkan rawatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Semasa kejadian, 50 orang sedang berenang dan apabila ombak itu melanda, ia menghanyutkan puluhan orang ke dalam laut kelmarin.
Tiga anggota pangawal pantai yang sedang bertugas bergegas menyelamatkan orang ramai yang dihanyutkan ombak itu.
Seorang lelaki berumur 63 tahun mati selepas anggota paramedik gagal untuk membantunya bernafas di tempat kejadian.

- Agensi/Kosmo


SEOUL - Pasukan komando tentera laut Korea Selatan, SEAL menyerbu sebuah kapal milik negara itu yang dirampas oleh lanun Somalia di Lautan Hindi dan menyelamatkan semua 21 orang anak kapal, membunuh lapan orang lanun serta menangkap lima lanun yang lain.
"Operasi ini membuktikan kesungguhan bahawa pemerintah tidak akan bertolak-ansur dengan aktiviti-aktiviti lanun," jelas Ketua Turus Angkatan Tentera Korea Selatan, Leftenan Jeneral Lee Sung-Ho.
Seorang kakitangan kapal pengangkut bahan kimia warga Korea Selatan terkena tembakan di bahagian perut, namun keadaannya tidak membimbangkan.
Tiada komando yang cedera dalam operasi tersebut.
Operasi yang berlaku pada jarak sejauh 1,300 kilometer dari utara Somalia dilihat sebagai pemberi semangat kepada tentera Korea Selatan.
Tentera itu sebelum ini dikritik hebat kerana dikatakan lambat bertindak atas serangan Korea Utara pada November lalu. Presiden Korea Selatan, Lee Myung-Bak menyatakan pasukan komando telah menjalankan tugas yang sempurna walaupun berdepan kesukaran.
Kumpulan lanun tersebut telah merampas kapal seberat 11,500 tan pada 15 Januari lalu di Laut Arab.


Kapal itu dalam pelayaran ke Sri Lanka dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Kapal itu membawa 21 orang anak kapal terdiri daripada lapan orang warga Korea Selatan, dua rakyat Indonesia dan 11 dari Myanmar.
Pemerintah Korea mengarahkan sebuah kapal pemusnah untuk mengejar kapal yang dirampas lanun itu sebelum ini.

- AFP/Kosmo



NEW YORK - Dua bangkai makhluk ganjil dijumpai di pantai Shadmoor State Park, Montauk di Long Island dan Pelabuhan Three Mile, New York pada Ahad lalu, lapor akhbar The East Hampton Star semalam.
Seorang lelaki, Arthur Beckenstein menemui bangkai seperti seekor anjing yang besar, rusa atau anjing laut di tepi pantai Shadmoor State Park.
"Saya yakin terdapat penerangan logik tentang apakah binatang yang saya temui ini.
"Pada awalnya, saya ingat ia bangkai seekor anjing yang besar, rusa atau anjing laut. Ukuran tulang rusuknya ialah sepanjang 61 hingga 76.2 sentimeter. Bentuk tulang belakangnya kelihatan seperti buaya sedangkan tiada reptilia besar hidup di kawasan ini," katanya.
Menurut akhbar itu, penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada ia merupakan makhluk asing atau hasil eksperimen pentadbiran Amerika Syarikat (AS).
Pada jarak sejauh 32 kilometer dari pantai itu, Eileen Murphy dan Jane Bimson terjumpa satu bangkai haiwan tanpa kepala yang mempunyai tulang rusuk serta ekor seperti ikan duyung.
Mereka kemudian merakamkan dua keping gambar dan menghantarnya ke Yayasan Penyelidikan dan Pemuliharaan Marin Riverhead.
Pakar biologi dari yayasan itu, Kim Durham menyatakan dia tidak dapat mengenal pasti makhluk tersebut dan memerlukan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).
Namun, apabila mereka kembali ke lokasi sama pada keesokan harinya, bangkai itu telah hilang.
Kedua-dua bangkai itu ditemui tanpa kepala.

 - Agensi/Kosmo


MANILA - Filipina akan membina sebuah hotel peranginan dasar laut di Palawan, iaitu sebuah pulau yang kaya dengan sumber alam, di selatan negara itu.

Projek yang digelar sebagai Taman Terumbu Karang itu akan mencipta rekod sebagai pusat peranginan bawah laut pertama di Asia dan bangunan bawah laut terbesar di dunia apabila ia dijangka siap pada 2013.

Hotel peranginan yang bernilai AS$150 juta (RM457 juta) itu dilengkapi 24 bilik pada kedalaman 18 meter dan memberikan pandangan sekeliling di dasar laut.

Kesemua bilik setinggi lima meter itu akan dibina oleh sebuah syarikat Amerika Syarikat yang mempunyai kepakaran dalam pembuatan kapal selam.

WHITMORE REANS, Britain - Seorang pekerja di sebuah pusat pembangunan basikal, Ian Fardoe mencipta 'basikal torpedo' untuk pergi ke pejabatnya ketika harga petrol meningkat tinggi di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Ia dikenali sebagai 'basikal torpedo' kerana bentuknya seperti peluru berpandu torpedo.
Fardoe yang berumur 39 tahun duduk di dalam basikal torpedo itu yang mempunyai pengayuh dan bumbung serta diberi nama velomobile itu ke tempat kerjanya sejauh 9.65 kilometer dari rumahnya.
Menurutnya, dia berasa selamat apabila menggunakan kenderaan itu di sebuah lebuh raya di Midlands.
"Tidak ada kos petrol dan tidak terlalu banyak penyelenggaraan yang perlu dilakukan, Ia hanya diperbuat daripada peralatan basikal," kata Fardoe.

- Agensi/Kosmo



PETALING JAYA 19 JAN : Satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.4 skala Richter telah berlaku di Barat daya Pakistan pada pukul 4.23 pagitadi  waktu Malaysia. 
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia berkata pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 28.9 Utara longitud 63.9 Timur.4536km Barat laut Langkawi.
Pusat gempa berlaku dikesan di Wilayah Baluchistan yang dihuni ramai penduduk berlaku pada kedalaman 84 kilometer.
Dalbadin adalah bandar terdekat daripada pusat gempa yang dihuni sekitar 15,000 penduduk berdekatan dengan pergunungan Chagai yang meletakkan tapak kajian nuklear Pakistan pada 1998.
Setakat ini belum ada laporan kemusnahan besar namun pihak berkuasa di sana melaporkan suasana panik berlaku sejurus kejadian gempa besar itu.
Gegaran yang dirasai sekitar selama 20 saat turut dirasai sejauh Dubai,UAE dan ibu negara India, New Delhi.
Gempa terburuk yang berlaku di Pakistan pada 8 Oktober 2005 dengan kekuatan 7.6 skala richter telah mengorbankan 80,000 penduduk dan tiga juta kehilangan tempat tinggal. 

SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.
'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.
Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.
Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.
Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.
Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.


LONDON - Seekor tikus yang besar dirakam jurukamera stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC) semasa seorang wartawan, Garry O'Donoghue memberi penerangan mengenai dasar kerajaan di depan pejabat Perdana Menteri Britain, David Cameron di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Tikus itu yang berlari di depan bangunan pejabat Cameron berada di belakang wartawan tersebut dan ia dapat ditonton oleh penonton. Ketika kejadian, wartawan itu menjelaskan kepada penonton mengenai rancangan Perdana Menteri Britain untuk melakukan pembaharuan ke atas sektor awam.
Wartawan itu juga tidak menyedari kehadiran tikus berkenaan. Seorang penonton berkata, dia seolah-olah tidak percaya mengenai tikus itu yang menunjukkan keberanian dengan berlari semasa kehadiran orang ramai.
Sebelum ini, terdapat kucing yang sesat di pejabat itu dan ia tinggal semasa pentadbiran tiga orang bekas perdana menteri iaitu Margaret Thatcher, John Major dan Tony Blair.
Kucing itu mati pada 2006.

- Agensi

KUALA LUMPUR - Seorang penyelia kanan sebuah projek pembinaan di sini terkejut apabila mendakwa terlihat satu objek pelik yang dirakamnya melalui telefon bimbit melintasi ruang udara Menara Kuala Lumpur Selasa lalu.
Abdul Jalil Ibrahim, 50, berkata, pada kejadian pukul 7.46 pagi Selasa lalu, dia sedang merakam pemandangan awan dari tingkat 51 sebuah bangunan yang sedang dibina di sebelah sebuah hotel di Jalan Ampang di sini menggunakan telefon bimbit milik kawannya.
"Pada mulanya saya tidak menyedari ada objek pelik seakan-akan UFO (Objek Terbang Yang Tidak Dikenali) di dalam rakaman ini tetapi selepas empat hari, rakan setugas saya beritahu ada benda pelik pada gambar yang saya rakam dengan telefon bimbitnya.
"Apabila diteliti, saya terkejut melihat sebuah objek pelik berbentuk piring dan bujur berwarna hitam di ruang udara Menara KL," ceritanya lagi ketika ditemui Kosmo! semalam.
Bagaimanapun Abdul Jalil berkata, dia tidak dapat mengesahkan apa sebenarnya objek berkenaan walaupun jarak tapak binaan dengan Menara KL hanya sejauh satu kilometer.


 Empat objek di angkasa lepas dinamakan sempena bekas ketua Balai Cerap Bosscha Indonesia, minggu lalu.

Asteroid yang dinamakan menggunakan nombor sejak ditemui, 33 tahun lalu, kini dikenali secara rasmi oleh komuniti astronomi antarabangsa sebagai 12176 Hidayat, 12177 Raharto, 12178 Dhani dan 12179 Taufiq.

Ketua Balai Cerap Bosscha, Hakim Luthfi Malasan berkata, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU), iaitu agensi tertinggi dalam bidang sains angkasa memaklumkan mengenai kesediaan menamakan asteroid itu dengan nama ahli astronomi Indonesia.

"IAU meluluskan pemilihan nama keempat-empat bekas pengarah balai cerap ini, iaitu Bambang Hidayat, Moedji Raharto, Herdiwijaya Dhani dan Taufiq Hidayat pada November lalu," katanya.

Menurutnya, peluang itu adalah sebagai ganjaran dan penghormatan kepada ahli astronomi Indonesia dan juga kepada balai cerap itu yang terletak di Bandung.

- Sinarharian

TUNGGU GILIRAN. Seorang anggota tentera, Mohd. Nafisol Saad, 39, menarik perhatian ramai apabila menjadikan lori satu metrik tan miliknya sebagai kedai gunting rambut bergerak di sekitar Taman Setiawangsa dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Menurut Nafisol, kerja menggunting rambut pelanggan itu sudah menjadi sumber pendapatan keduanya selepas mendapat sambutan baik masyarakat setempat. Katanya, antara punca perkhidmatannya mendapat sambutan ialah bayaran yang dikenakan hanya RM5 untuk dewasa manakala kanak-kanak pula RM4. Kedai gunting rambutnya beroperasi setiap hari kecuali hari Sabtu bermula pukul 6 petang hingga 11 malam di Jalan Taman Setiawangsa dan sekitarnya.

- Bernama




WASHINGTON - Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) mendedahkan gambar generasi baru pesawat penumpang pada 2025, lapor sebuah akhbar semalam.
Ia mendedahkan konsep reka bentuk bagi menggambarkan penerbangan yang mempunyai enjin tidak terlalu bising dan penggunaan tenaga yang efisen.
Tiga buah syarikat gergasi penerbangan, Lockheed Martin, Northrop Grumman dan The Boeing Company mengemukakan pelbagai reka bentuk itu pada hujung tahun lalu.
Ketiga-tiga syarikat itu memenangi kontrak daripada NASA untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan sekali gus menguji konsep tersebut pada tahun ini.
Reka bentuk itu dikemukakan selepas NASA mendedahkan bahawa ia mahu membina pesawat super yang lebih laju, lebih besar dan tidak bising selain penggunaan bahan bakar yang lebih efisen serta mesra alam.
Kini setiap syarikat tersebut akan meneroka, menguji dan membuat simulasi reka bentuk masing-masing dalam tahun ini dengan harapan NASA akan memilih salah satu ciptaan yang dikemukakan itu. 


- Agensi








PADA malam itu, beberapa detik sebelum menjelang tahun baru 2011, beribu-ribu ekor burung blackbird jatuh bak hujan hitam di pekan kecil Beebe yang terletak di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS).
Dianggarkan lebih 5,000 burung hitam bersayap merah jatuh dari langit dan bertaburan di atas jalan, bumbung dan halaman rumah di kawasan seluas 731 meter persegi. Di sesetengah kawasan, tanah bertukar menjadi gelap.
Penduduk setempat yang keluar untuk menikmati pancaran bunga api dan meraikan kedatangan tahun 2011, panik dengan apa yang berlaku dan bergegas memasuki kediaman masing-masing apabila haiwan bertubuh kecil itu mula jatuh di sekeliling mereka.
Ada bangkai yang jatuh mengenai seorang wanita yang sedang berjalan bersama anjingnya manakala seorang lagi terpaksa menggunakan payung untuk melindungi diri.
Seorang penduduk tempatan, Shane Roberts berkata, ia berbunyi seperti hujan batu yang sangat dahsyat di atas bumbung rumahnya.
"Apabila saya keluar, alangkah terkejutnya apabila melihat ketulan-ketulan hitam bertaburan. Apabila saya pergi lebih dekat, ia adalah bangkai burung," katanya yang menyifatkan kematian tersebut sebagai sesuatu yang aneh.
Sementara itu, Penyelia Jabatan Jalan bandar berkenaan, Milton McCullar berkata, ia seperti adegan dalam filem Alfred Hitchcock di mana semua lampu di papan suis kecemasan menyala dan semua orang berada dalam situasi yang mencemaskan.
Kiamat
"Ada penduduk yang panik dan beranggapan dunia hampir kiamat," ujar Ketua Polis tempatan, Ellie Cullum seperti dipetik Mail Online.
Kehadiran ribuan bangkai burung di kawasan kejiranan tersebut diterima sebagai misteri alam.

Namun, yang menjengkelkan penduduk setempat ialah apabila pekerja pembersih alam sekitar datang memakai sut kalis api, topi keledar dan topeng gas hanya untuk membuang bangkai burung.
Belum pun reda kes burung jatuh dari langit diperkatakan, pakar pengkaji haiwan di Arkansas bertambah bingung apabila lebih 100,000 bangkai ikan drum ditemui di sepanjang 32 kilometer di tebing dan permukaan Sungai Arkansas, berhampiran Ozark yang terletak kira-kira 200 kilometer dari bandar Beebe.
Anehnya, hanya spesies ikan drum yang didapati mati sedangkan ikan spesies lain masih hidup.
Adakah kejadian aneh ini mempunyai kaitan antara satu sama lain?
Terdapat beberapa teori yang diketengahkan oleh pihak tertentu mengaitkan punca kepada misteri kematian haiwan tersebut.
Antaranya, burung terlanggar objek terbang yang tidak dikenali (UFO), hujan batu, tekanan akibat bunyi kuat bunga api dan proses teras bumi menyahmagnet.
Malah, ada juga pendapat mengatakan kejadian tersebut adalah petanda akan berlakunya kiamat pada 2012 seperti yang diramalkan oleh tamadun kuno Maya di Mexico.
Walaupun ini bukan kali pertama AS berdepan dengan kematian spesies haiwan secara misteri, namun kali ini negara Uncle Sam itu gusar dengan apa yang terjadi.
Seorang pakar dari Jabatan Perikanan dan Akuakultur Universiti Arkansas, Dr. Andrew Goodwin berkata, perubahan drastik antara cuaca sejuk dan panas boleh membuatkan ikan terkejut dan membunuh mereka.
"Faktor yang memberi impak kepada ikan itu ialah perubahan suhu yang ketara," katanya.
Dalam laman-laman blog, perdebatan mengenai punca kematian haiwan tersebut juga semakin kerap diperbincangkan.
Kali ini ramai yang mengaitkan kematian haiwan-haiwan Arkansas itu ada kaitan dengan konspirasi chemical trail atau jejak kimia yang sering terjadi di negeri itu.
Menurut seorang pengikut teori konspirasi, Jeff Rense, jejak kimia dapat dilihat seperti jejak asap di udara. Ia kemudian akan melebar dan tetap kelihatan untuk tempoh beberapa jam.
Menurut beberapa pihak yang berfikiran sama dengan Jeff, mereka berpendapat jejak itu adalah bahan kimia yang sengaja disembur oleh kerajaan AS sebagai 'kawalan populasi'.
Ada juga berpendapat bahawa jejak itu adalah eksperimen pengendalian cuaca.
Bagaimanapun, teori itu meragukan kerana belum ada penemuan menyatakan semburan bahan konduktif elektrik yang menjadi sebahagian daripada program senjata super elektromagnetik boleh mengendalikan cuaca terutama pemanasan global.
Dalam sebuah buku terbitan badan pengkaji sains dan angkasa AS, mereka menafikan adanya jejak kimia tersebut sebaliknya menyatakan ia adalah wap air dan kristal ais yang membentuk jejak-jejak asap di udara.
Tidak kurang juga yang mengaitkan bunyi kuat daripada dentuman bunga api menyebabkan burung tertekan serta hilang kawalan navigasi sehingga mengakibatkannya melanggar bangunan dan pokok.
Namun, ahli akademik dan pengasas yayasan untuk Institut Kajian Gelagat Burung, Dan Cristol, menolak dakwaan tersebut.

"Pesta sambutan tahun baru dengan dentuman bunga api berlangsung setiap tahun dan mengapa kejadian sama tidak berlaku sebelum ini?
"Sukar untuk meletakkan punca ke atas bunga api melainkan seseorang telah meniup sesuatu ke dalam sarang burung sehingga menyebabkan haiwan tersebut terpelanting ke udara," jelas Dan.
Di sebalik pendirian sebahagian pakar yang mengaitkan cuaca tidak stabil sebagai punca, profesor Fizik dari New York, Michio Kaku berkata, kematian misteri tersebut kemungkinan besar terjadi akibat hentaman angin laju yang ganas yang menghentam kawanan burung berkenaan.
Walau apa pun teori yang dibahaskan, sehingga kini belum ada lagi pihak yang tampil dengan hasil ujian yang boleh membuktikan punca kematian dua spesies haiwan tersebut.
Kematian haiwan yang direkodkan di Arkansas bukan yang terburuk dalam fenomena misteri ini.
Malah, rentetan daripada apa yang berlaku di Arkansas, jumlah bangkai haiwan ditemui di beberapa kawasan di AS seperti Maryland, Texas, Kentucky, Louisiana serta Florida sangat mengejutkan.

- Kosmo
WASHINGTON - Tahun lalu dicatatkan sebagai tahun paling panas sejak proses penyimpanan rekod suhu bumi bermula pada 1880.

Menurut saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), purata suhu di seluruh dunia sepanjang tahun lalu adalah 0.62 darjah Celsius lebih panas daripada suhu normal.

Pakar alam sekitar berpendapat peningkatan suhu bumi itu disebabkan perubahan jenis gas yang dibebaskan ke udara oleh sektor perkilangan dan enjin gasolin.

"Peningkatan suhu ini menunjukkan iklim dunia terus dipengaruhi oleh kesan rumah hijau yang diakibatkan oleh pembangunan pesat di kebanyakan negara," menurut Nasa.

- Sinarharian

WASHINGTON - Ia cukup besar untuk 'menelan' seluruh sistem solar Bima Sakti dan 6.8 bilion kali ganda lebih berat daripada matahari. 

Lohong hitam yang terletak di galaksi M87 itu adalah yang terbesar pernah ditemui dan mempunyai diameter empat kali lebih besar berbanding orbit planet Neptune.

Saintis menggunakan teleskop khas di kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat bagi memerhatikan fenomena menakjubkan itu dan mendapati lohong hitam tersebut adalah dua kali lebih berat daripada sangkaan awal.

Penyelidik berpendapat, lubang gergasi itu terbentuk akibat penggabungan ratusan lohong hitam kecil.

Sebagai perbandingan, lohong hitam yang terdapat di tengah-tengah galaksi Bima Sakti, di mana bumi terletak, adalah 1,000 kali lebih kecil.

- Sinarharian

Lohong hitam ialah satu kawasan di angkasa yang 'menyedut' semua objek lain termasuk cahaya.

ABERSOCH, Wales Utara - Sebuah karavan yang mempunyai tiga bilik tidur dijual pada harga lebih £550,000 (RM2.6 juta), lapor akhbar Mail Online semalam.
Karavan itu dijual kepada satu pasangan jutawan pada bulan lalu yang dianggap paling mahal pernah dijual dalam sejarah Britain.
Ia diletakkan di tepi pantai di sini yang mempunyai pemandangan yang indah menghadap laut.
Pemiliknya karavan itu berasal dari Warrington, Cheshire, Britain.
Namun, pasangan itu perlu membayar yuran tahunan yang melibatkan kos ribuan pound.
Walaupun kelihatan seperti calet tetapi ia dikategorikan sebagai karavan kerana mempunyai tayar kenderaan.
Karavan itu dilengkapi bilik mandi yang mengandungi jubin, jakuzi, sistem bunyi bersepadu, perabot yang direka di Milan, Itali dan alat kawalan suhu bilik yang boleh dikawal menerusi iPhone walaupun pemiliknya berada ratusan kilometer jauhnya.

- Agensi/Kosmo

MIAMI - Seorang pemilik sebuah pusat perlindungan haiwan liar di Amerika Syarikat (AS), Jim Jablon nekad tinggal di dalam sarang singa selama sebulan kerana ingin mengumpul dana, lapor sebuah akhbar semalam.
Jablon, 42, tidur dan makan bersama seekor singa betina berusia 18 bulan, Lea selain seekor singa jantan berusia 10 bulan sepanjang bulan ini yang bernama Ed.
Dia tinggal bersama haiwan itu di dalam kurungan seluas 278.7 meter persegi dan tinggi 3.6 meter di Pusat Pemulihan Hidupan Liar Daerah Hernando, milknya di negeri Florida, AS.
"Setiap kali saya tunduk, singa-singa itu akan menerkam punggung dan mengoyakkan seluar saya, setakat ini enam seluar saya telah koyak," katanya yang mahu mengumpul dana untuk pusat penjagaan tersebut.

- Agensi/Kosmo






MIAMI - Satu objek misteri melintasi tujuh buah negeri di Amerika Syarikat pada malam Selasa lalu lapor sebuah akhbar semalam.
Pihak berkuasa berkata, cahaya misteri yang dipercayai tahi bintang itu dapat dilihat dari negeri Oklahoma hingga ke Florida.
Beberapa laporan menyatakan terdapat warna hijau pada objek itu yang dipercayai tembaga.
Kakitangan-kakitangan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menerima berdozen-dozen panggilan berhubung objek itu di langit.
Pengarah Pengurusan Kecemasan di Daerah Copiah, Randle Drane menyatakan beberapa orang melihat cahaya itu dan mendengar satu bunyi kuat telah bertindak menghubungi pihak berkuasa.
"Sebuah jabatan bomba sukarela melakukan gerakan mencari (objek itu) tetapi gagal membuat sebarang penemuan," katanya.
Cahaya misteri yang kelihatan seperti bebola api itu dapat dilihat di Greenwood, Jonesboro, Jackson, Mississippi, Biloxi, dan Florida.


- Agensi/Kosmo

BEIJING - Seorang artis, Dai Geng menjual kereta BMW yang diperbuat dengan batu pada harga £80,000 (RM383,652).
Geng mengambil masa lebih setahun mencantum semua blok batu itu sebelum mengukirnya menjadi BMW Z4.
Pintu kereta itu yang boleh dibuka dan ditutup seperti kereta biasa turut diperbuat daripada batu.
Hanya tingkap kereta sahaja tidak dibuat dengan batu. Tayar, roda, paip ekzos dan aksesori lain semuanya dari bongkah batu.
Kereta BMW itu sepanjang lima meter, 2.15 meter lebar dan tinggi 1.6 meter serta seberat 6.5 tan.
Dia berharap dapat menjual kereta itu kepada hartawan di negara itu.
Kereta itu dipamerkan di Shenzheng, wilayah Guangdong, tenggara China kelmarin.

- Agensi

JAKARTA - Seekor kucing betina peliharaan seorang wanita berusia 21 tahun yang hanya dikenali sebagai Claudia di Dusun Krajan, Jawa Timur, boleh mengungkapkan perkataan mama, mami, mamia dan nombor satu sehingga sepuluh, lapor sebuah akhbar semalam.
Kucing berusia satu setengah tahun itu diajar oleh Claudia untuk mengungkapkan perkataan itu sejak haiwan tersebut masih kecil.
"Bisa (boleh) berhitung satu sampai sepuluh bahkan bisa diajak bicara," kata Claudia kepada akhbar detikSurabaya.com semalam.
Menurutnya, kucing yang bernama Keting itu memahami arahan dan pertanyaan daripadanya.
"Bisa bilang (bercakap) mama, mami, mamia dan banyak yang lain juga," tambahnya.
Ibu kucing itu telah mati manakala proses latihan bercakap itu dilakukan oleh Claudia dan anggota keluarganya yang lain secara berterusan.
Dia turut mengajar lima kucing lain untuk bercakap tetapi hanya Keting sahaja yang memiliki kecerdasan luar biasa dengan memahami dan menuturkan perkataan itu.
Sebelum ini, pada Jun tahun lalu heboh diperkatakan penduduk mengenai seekor kucing Parsi jantan putih berusia dua tahun milik Anggita Rizki Ayu di Bandung, Jawa Timur yang boleh mengungkapkan perkataan yang berbunyi seperti enggak yang bermaksud tidak dalam bahasa Melayu. - Agensi


NEW YORK - Ratusan penduduk di bandar ini tidak memakai seluar panjang dan skirt petang kelmarin semasa menaiki tren bawah tanah walaupun dalam suhu yang sejuk.


Mereka cuma memakai seluar dalam dan seluar pendek selain pelbagai jenis baju bagi meraikan ulang tahun ke-10 hari menaiki tren tanpa memakai seluar panjang.

Terdapat seorang lelaki yang memakai baju kot dan bertali leher tetapi cuma berseluar pendek manakala sebahagian wanita hanya memakai seluar dalam pelbagai warna.

Trend itu bermula pada 2002 apabila kumpulan yang dikenali sebagai Improv Everywhere menggalakkan pengguna tren bawah tanah tidak memakai seluar panjang dan skirt.

Acara itu bermula pada pukul 3 petang dan hebahan mengenainya dibuat di laman web Facebook.

- Agensi/Kosmo

NEW YORK - Pengemis memiliki suara emas ( Baca ), Ted Williams kini ditawarkan untuk berlakon dalam filem terbitan pelakon dan pengarah terkenal, Jack Nicholson, lapor Entertainment Tonight kelmarin. 
Tawaran itu adalah yang terbaru selepas dia tiba-tiba menjadi popular di Amerika Syarikat (AS) dan mendapat banyak tawaran untuk menggunakan suara emasnya dengan bayaran lumayan selepas satu klip video menunjukkan dia mengemis disiarkan di Internet.
Nasib Williams yang berusia 53 tahun itu berubah serta-merta selepas seorang jurugambar akhbar
Columbus Dispatch merakamkan gelagat pengemis itu bercakap meminta bantuan dengan menggunakan suara emasnya di tepi jalan di Houston Street, Columbus, Ohio. Jurugambar itu kemudian menyebarkan rakamannya itu di Internet.
Semasa rakaman itu, pengemis itu meminta bantuan kewangan dengan tangannya memegang cebisan kotak mengandungi ayat yang memperkenalkan dirinya sebagai bekas juruhebah radio.
Dia kemudian bercakap seperti aksi deejay radio.
Williams kini menimbangkan tawaran untuk menjadi penyumbang suara bagi memberitahu perkembangan pasukan bola keranjang Cleveland Cavaliers dalam liga Bola Keranjang Nasional (NBA).
Dia juga ditawarkan untuk merakamkan iklan Kraft Macaroni & Cheese yang akan disiarkan di saluran Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN) semasa perlawanan Fight Hunger Bowl pada perlawanan akan datang.
Ekoran penemuan pengemis bersuara emas itu, seorang ejen pencari bakat, Shane Cormier berkata, dia boleh menjadikan Williams jutawan kerana keunikan suaranya.
Menyentuh mengenai tawaran terbaru dalam bidang lakonan, Williams berkata: "Jack Nicholson telah menghubungi seorang ahli keluarga saya yang kebetulan berada di Columbus, Ohio. Mereka akan menerbitkan sebuah filem dengan Jack memainkan watak sebagai seorang deejay. Dia mahu saya berlakon bersamanya," kata Williams.
Berita tersebut didedahkan selepas Williams bertemu semula dengan ibunya, Julia Williams di New York untuk pertama kali selepas 20 tahun.
Dalam pertemuan yang penuh emosi itu, Julia yang berusia 90 tahun berkata: "Anak saya yang suka membazir akhirnya pulang ke rumah."
Pengemis itu turut berkata: "Saya sudah sampai di rumah. Saya pernah beritahu akan pulang pada tahun ini. Saya tidak kelihatan hebat. Tetapi saya sudah ada di rumah," kata Williams.
Kelmarin, dia merakamkan suaranya untuk program promosi penjenamaan terbitan stesen televisyen MSNBC.
Dia tinggal di jalanan pada 1993 selepas kehidupannya musnah akibat penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Beberapa hari lalu, dia hidup di dalam sebuah khemah di tepi lebuh raya di Columbus.
Sebelum menjadi terkenal disebabkan klip video selama 90 saat di Twitter dan YouTube, Williams pernah ditahan di beberapa buah lokap di Ohio atas dakwaan jenayah seperti mencuri dan memiliki dadah.
Semasa diwawancara dalam rancangan televisyen
Today, kelmarin, dia mengaku terlibat dalam jenayah untuk memenuhi keperluan ketagihan dadahnya.
Williams pernah menjadi juruhebah radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah.
Namun, dia kini tidak lagi mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun.
Williams turut menyuarakan perasaan terkejutnya apabila banyak pihak memberi perhatian terhadapnya semasa dia muncul dalam program
Today terbitan stesen televisyen NBC itu di New York.
"Amat memeranjatkan. Ia merupakan fenomena dan tidak mungkin saya pernah bayangkan semua perkara ini akan berlaku. Saya rasa seperti Susan Boyle atau Justin Bieber," katanya yang dipetik daripada akhbar
Columbus Dispatch.
Susan Boyle, 49, menjadi terkenal di dunia kerana suaranya yang merdu semasa menyertai pertandingan bakat nyanyian
Britain's Got Talent pada 2009.
Justin Bieber pula menjadi penyanyi amat popular masa kini walaupun dia kini berusia 16 tahun.
Mengulas mengenai pengajaran yang didapati semasa melayan golongan yang tidak berumah Williams berkata: "Jangan menilai manusia secara luarannya. Semua orang mempunyai kisah tersendiri." 


- Agensi/Kosmo



MIAMI, Amerika Syarikat - Gambar seekor buaya berwarna oren dirakamkan di Sorrento Woods, Venice di sini berhampiran rumah seorang nenek, Sylvia Methen baru-baru ini.
Menurut Methen yang berusia 74 tahun, dia tidak menyangka dapat melihat buaya tersebut semasa pulang dari tempat kerja.
"Saya menganggap ia (haiwan itu) hebat. Saya merakamkan gambar dan menghantarnya kepada cucu saya supaya mereka menganggap saya salah seorang nenek yang hebat di Florida," katanya.
Bukan dia sahaja dapat melihat seekor buaya itu tetapi seorang lagi saksi, Phillip Crosby turut melihat haiwan tersebut.
"Haiwan itu berjemur di atas simen," katanya.
Menurutnya, dia dapat melihat buaya itu dari dalam keretanya.
"Haiwan itu memang berwarna oren. Kulitnya berwarna oren," kata Crosby.
Namun, pakar-pakar hidupan liar yang meneliti gambar itu menyatakan haiwan berkenaan dipercayai berwarna oren kerana ia terkena bahan mengandungi warna tersebut.

- Agensi/Kosmo
COLUMBUS, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pengemis yang tidak berumah di sini, Ted Williams dihujani tawaran lumayan yang membolehkan dia bakal menjadi jutawan selepas permintaannya untuk diberi kerja dengan menggunakan suaranya disiarkan di Twitter dan laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.
Nasibnya itu berubah selepas seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch merakamkan video yang menunjukkan pengemis tersebut memegang cebisan kertas kotak yang mengandungi tulisan:
"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."
Pengemis itu turut bercakap dengan gaya seorang penyampai radio yang mempunyai suara unik semasa gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar tersebut dari dalam keretanya di Houston Street, Columbus.
Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).
Seorang pengarah filem untuk NFL, Keviv McLoughlin berkata, bosnya mengarahkan pengemis itu diambil bekerja jika dia tidak mahu dipecat.
Dia juga mendapat tawaran berjumlah AS$10,000 (RM30,725) untuk menyumbang suara untuk sebuah persatuan perniagaan, Liga Kesatuan Kredit Ohio.
Sementara itu, seorang ejen pencari bakat di bidang penyiaran di Los Angeles, Shane Cormier berkata, Williams memiliki bakat yang amat unik.
"Kami boleh menjadikan Williams seorang jutawan," katanya.
Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah.
"Namun, kini saya telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan saya," katanya.

- Agensi/Kosmo

STOCKHOLM - Kematian ikan dan burung kini merebak selepas penemuan awal 5,000 ekor burung hitam jatuh dari langit secara misteri yang pada teori awalnya disebabkan letupan bunga api di bandar Beeba, negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, pada Selasa lalu, bangkai 50 ekor burung ditemui di sebatang jalan raya di bandar Falkoping, Sweden.
Pada hari yang sama juga, kira-kira 200 ekor burung ditemui mati di sebuah lebuh raya di Texas, AS yang tanggapan awal dipercayai dilanggar kereta.
Sebelum ini, lebih 100,000 ekor ikan ditemui mati di Sungai Arkansas, di negeri Arkansas, AS yang dipercayai mati akibat perubahan cuaca pada minggu lalu.
Pada Isnin lalu, gambar yang dirakamkan Jabatan Alam Sekitar Maryland, AS menunjukkan dua juta ekor ikan terdampar di Teluk Chesapeake.
Alasan jurucakap jabatan itu, Dawn Stolzfus menyatakan, ikan itu mati pada minggu lalu disebabkan cuaca sejuk.
Namun apa yang menjadi misteri ialah kenapa ikan itu tidak berenang ke kawasan yang suhunya lebih panas.
Di Brazil, sebanyak 100 tan ikan sardin, sejumlah ikan keli dan gelama telah ditemui di pesisir pantai Parana, berhampiran Nicaragua.
Presiden Persekutuan Koloni Nelayan Parana, Edmir Manoel Ferreira berkata, bangkai-bangkai ikan itu ditemui sejak Khamis minggu lalu.
Beratus-ratus ekor ikan siakap ditemui mati di New Zealand pada Selasa lalu.
Di Britain, sebanyak 40,000 ekor ketam setan merah turut mati di Kent kelmarin.
Sementara itu, beribu-ribu ekor bangkai ikan ditemui terapung di sungai Spruce, bandar Port Orange, negeri Florida pada Selasa lepas.
Terdapat juga golongan yang percaya kematian pelbagai spesies haiwan itu merupakan petanda ketibaan hari kiamat pada 2012 seperti yang diramalkan tamadun kuno Maya di Mexico.
Di Internet pula, heboh mengenai teori konspirasi tentang eksperimen-eksperimen rahsia oleh kerajaan sebagai penyebab fenomena misteri itu.
Setakat ini, saintis-saintis masih melakukan satu siri ujian bagi mengenal pasti punca sebenar pelbagai spesies haiwan itu mati. Keputusan ujian tersebut bagaimanapun, hanya akan diketahui dalam tempoh beberapa minggu lagi. - Agensi
NONEUmat Islam di negara ini digesa menghindari penyertaan pertandingan memancing atau joran yang berkonsepkan perjudian kerana ia adalah haram dan dosa besar, bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Katanya, perkara itu semakin membimbangkan kerana kebanyakan pertandingan berkenaan yang begitu meluas dijalankan di negara ini, hari ini adalah berasaskan 'judi' atau qimar.
"Masyarakat pula tidak mengambil serius tentang pembabitan unsur atau asas perjudian dalam kebanyakan pertandingan joran yang diadakan. Dalam Islam judi atau qimar adalah haram dan tersenarai dalam dosa-dosa besar.
"Qimar atau judi bermaksud 'setiap pertandingan yang mensyaratkan pemenang mengambil sesuatu dari yang kalah'. Dalam qimar atau judi ada pihak yang rugi dan yang untung atas pertaruhan tersebut. Hal ini berlaku dalam kebanyakan pertandingan joran dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Dr Asri, pertandingan joran yang berasaskan prinsip perjudian itu membabitkan pelbagai pihak; kerajaan negeri, kerajaan tempatan, majlis perbandaran, parti-parti politik, sekolah, syarikat perniagaan, persatuan dan lain-lain.
Katanya, wang pertaruhan yang dinamakan 'yuran penyertaan' yang diambil itu dijadikan hadiah untuk yang menang, atau keuntungan kepada pengajur atas kekalahan peserta.

“Pembayaran wang penyertaan kebanyakannya bukan untuk kemudahan yang dinikmati oleh peserta, sebaliknya sebagai wang pertaruhan. Ini terbukti setiap peserta dikehendaki membayar berdasarkan mata pancing yang digunakan.

“Wang yang terkumpul itu juga dijadikan hadiah, atau keuntungan penganjur jika peserta gagal. Unsur pertaruhan itu jelas. Biasanya, lebih besar pertaruhan, lebih lumayan hadiah,” katanya.

Dr Asri berkata sebenarnya, yuran penyertaan itu jika sekadar pembayaran peserta menggunakan kemudahan yang disediakan seperti makan minum, duit kenderaan dan seumpamanya, maka ia bukan judi dan pertaruhan.

“Namun, apabila ia menjadi wang terkumpul untuk hadiah pemenang, maka itu adalah satu perjudian. Konsep ini hampir sama dengan apa yang digunakan oleh syarikat-syarikat loteri yang pernah menamakan diri mereka 'loteri kebajikan',” katanya.

- Malaysiakini

BEIJING - Beberapa pakar penerbangan percaya China menguji sebuah prototaip jet perang yang tidak mampu dikesan oleh radar pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar-gambar jet itu disiarkan di Internet manakala sumber-sumber tentera China yang dipetik media Jepun mengesahkan bahawa ia melibatkan sebuah model ujian pesawat pejuang J-20.
Berita itu didedahkan beberapa hari sebelum lawatan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Robert Gates ke Beijing untuk memulihkan semula hubungan dengan China.
Lawatan itu dibuat selepas AS bersetuju menjual senjata bernilai berbilion-bilion dolar kepada Taiwan.
Pakar-pakar menyatakan bahawa jet kalis radar versi China itu lebih besar daripada yang dijangkakan. Ia yang boleh membawa peluru berpandu mungkin digunakan untuk serangan jarak jauh.
Menurut laman web Aviation Week, jet J-20 mempunyai satu tempat duduk, dua enjin berkembar selain lebih besar dan berat berbanding pesawat Sukhoi T-50 buatan Rusia dan F-22 buatan AS.
"J-20 akan menjadi benar-benar kompetitif sama dengan F-22 berdasarkan kemampuan," kata seorang pakar mengenai ketenteraan China dari Pusat Strategi dan Penilaian Antarabangsa, Rick Fisher.
Jet itu diuji pada minggu lalu di sebuah landasan terbang di tenggara China.

- Agensi/Kosmo

KUALA LUMPUR - Ramai yang tidak menyedari bahawa Kampung Baru di sini yang merupakan penempatan utama masyarakat Melayu di tengah-tengah ibu kota akan berusia 111 tahun hari ini.
Sehubungan itu, pelbagai program bakal dianjurkan oleh Centrepro Sdn. Bhd. bersama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia akan turut diraikan kira-kira 35,000 penduduknya.
Menurut Pengarah Urusan Centrepro Sdn. Bhd., Ishak Abdul Kadir, acara akan bermula hari ini dengan majlis tahlil dan kesyukuran di Masjid Jamek dan beberapa buah surau di kawasan itu.
"Acara kemuncak sambutan ialah majlis makan malam yang dijangka dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan depan atau bulan berikutnya," katanya yang merupakan Penyelaras Acara Kampung Baru Warisan di sini semalam.
Kampung Baru berkeluasan 122.93 hektar mula dibuka pada tahun 1899 dan merupakan sebuah perkampungan rizab Melayu tunggal di tengah-tengah Kuala Lumpur.

- Kosmo

NEW ORLEANS - Misteri menyelubungi saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) apabila kira-kira 450 ekor burung pelbagai spesies jatuh dari langit dan ditemui mati di sebatang lebuh raya di Pointe Coupee Parish dekat Baton Rouge, negeri Louisiana pada Isnin lalu.
Kejadian itu berlaku selepas hampir 5,000 ekor burung hitam mati apabila jatuh dari langit di bandar Beeba di negeri Arkansas yang berjiran dengan negeri Louisiana pada Jumaat lalu.
Kelmarin stesen televisyen Paducah melaporkan seorang wanita di Gilbertsville, Kentucky yang memperkenalkan diri sebagai Sandy menemui berdozen-dozen burung mati di pekarangan rumahnya.
Seorang jurucakap Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Kentucky, Mark Marraccini mengesahkan bahawa ratusan burung ditemui mati pada minggu lalu dekat kampus Universiti Murray State.
Seorang doktor haiwan di negeri Louisiana, Jim LaCour berkata: "Saya tidak menemui sebarang kaitan dengan kedua-dua kejadian itu."
Menurutnya, burung itu mati kemungkinan disebabkan melanggar talian elektrik atau kenderaan dalam waktu malam.
Sebanyak 24 haiwan itu didapati mempunyai kecederaan di kepala, leher, paruh dan belakang badan.
Burung itu mati di antara malam Ahad atau awal Isnin lalu di kawasan luar bandar 48 kilometer dari barat laut Baton Rouge.
Spesies burung yang mati itu terdiri daripada burung perling, burung hitam bersayap merah dan burung lembu.
Kira-kira 50 ekor burung mati dekat sebatang tiang elektrik. Kira-kira 400 meter dari tempat kejadian itu, sejumlah 400 atau lebih ekor burung ditemui mati di tepi lebuh raya.
Seorang profesor biologi dan pengasas Institut Kajian Kelakuan Burung di Kolej William & Marry, Dan Cristol berkata, burung itu mungkin menghidap sakit atau terkejut menyebabkan ia keluar dari sarang dan kemudian melanggar talian elektrik.
"Haiwan itu tidak akan melanggar talian elektrik tanpa sebab," katanya.
Beberapa pegawai di Arkansas dan Louisiana menghantar bangkai burung itu ke Pusat Kesihatan Hidupan Liar Kebangsaan di Madison dan Universiti Georgia untuk dikaji.
Sebelum ini, terdapat teori bahawa burung yang mati di bandar Beeba, Arkansas adalah disebabkan oleh trauma letupan bunga api sambutan tahun baru.
Penemuan misteri itu berlaku selepas lebih 100,000 ikan ditemui mati di Sungai Arkansas di negeri Arkansas pada minggu lalu.

- Agensi/Kosmo


SYDNEY - Sekumpulan pelancong Jerman yang terpaksa duduk di atas bumbung sebuah kenderaan yang terperangkap dalam banjir di kawasan sarang buaya di Taman Negara Kakadu, utara Australia dilabel sebagai bodoh, lapor sebuah akhbar semalam.
Polis menyatakan empat pelancong Jerman itu yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita menyewa sebuah kereta pacuan empat roda yang tersangkut di dalam banjir sedalam satu meter di sebatang jalan raya di taman tersebut kelmarin.
Mereka terpaksa duduk di atas bumbung kenderaan bagi mengelak daripada menjadi mangsa buaya kerana ia terletak di kawasan sarang haiwan itu.
"Saya ingin menyatakan bahawa mereka (pelancong itu) adalah bodoh kerana cuba untuk menyeberangi air banjir dengan tidak menghiraukan amaran daripada penduduk tempatan dan pelancong lain," kata seorang pegawai polis.
Pelancong itu diselamatkan oleh polis yang menghantar sebuah kenderaan pacuan empat roda selepas 30 minit memperoleh maklumat daripada orang awam. - Agensi
                                          
BERN - Langit musim sejuk bertukar menjadi gelap di Switzerland kerana fenomena gerhana matahari separa yang bermula di Asia Barat dan melitupi hampir seluruh Eropah pada pagi semalam.
Sebuah akhbar melaporkan, keadaan di bandar raya ini menjadi gelap seperti senja semasa orang ramai berpusu-pusu keluar dari tren dan bas untuk ke tempat kerja.
Gerhana itu dapat dilihat dengan jelas di Geneva dan beberapa kota lain di Switzerland menjelang pertengahan waktu pagi sebelum langit beransur cerah.
Gerhana itu buat pertama kalinya dilihat adalah di langit Baitulmuqaddis manakala gerhana matahari paling jelas berlaku di Sweden apabila hampir 85 peratus matahari berada di belakang bulan.
"Kerana jajaran kedudukan bulan dengan matahari, gerhana kali ini kelihatan kecil," kata seorang ketua balai cerap, Tycho Brahe di selatan Sweden.
Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di antara matahari dan bumi menyebabkan bayang bulan dapat dilihat dari bumi manakala dalam gerhana separa hanya sebahagian matahari terhalang oleh bulan.
Sementara itu, penduduk di pedalaman Rusia, Kazakhstan, Mongolia dan barat daya China dapat melihat gerhana matahari itu pada waktu senja.

- Agensi/Kosmo
                                      AHMAD terbaring sambil ditemani dua anaknya, Hamiah (kanan) dan Fatimah di Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Hasrat Sanah Ahmad (
Baca sini ), 82, untuk mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Md. Isa yang berusia 110 tahun berkemungkinan besar tidak kesampaian.
Ini kerana keluarga Ahmad semalam berubah fikiran apabila menolak sebarang perbincangan mengenai perkahwinan warga emas itu.
Anaknya, Fatimah berkata, keputusan itu adalah hasil perbincangan semua ahli keluarga dan ia adalah muktamad.
“Saya minta maaf kepada keluarga Sanah kerana terpaksa tolak hasrat mereka. Jadi, saya rasa mereka perlu batalkan rancangan ke rumah kami Sabtu ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Alor Mengkudu di sini.
Menurut Fatimah, keputusan itu diambil atas dasar kesihatan ayah mereka yang kerap sakit seperti batuk, lelah dan muntah berkahak selain terpaksa membuang air kecil di dalam bekas kerana sudah tidak berdaya untuk berjalan ke bilik air.
Katanya, anak Sanah, Sabaha ada menghubungi suaminya Sabtu lepas memaklumkan kedatangan mereka.
“Mereka tetap mahu datang sebab hendak melihat sendiri keadaan ayah dan kami mungkin tidak benarkan ayah bersua muka dengan Sanah takut dia bersungguh-sungguh hendak berkahwin,” jelasnya.



MIAMI - Sebuah motosikal yang digerakkan program komputer seperti dalam filem sains fiksyen, Tron: Legacy kini direalisasikan ke dunia nyata oleh pembuat motosikal, Parker Brothers Choppers yang beribu pejabat di Florida, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Motosikal yang dikenali sebagai Light Cycle itu sepanjang 2.43 meter, lebar 58.4 sentimeter dan seberat 215 kilogram. Ia boleh digunakan di atas jalan raya biasa dan mampu mencecah kelajuan sehingga 193 kilometer sejam.
Syarikat Parker Brothers Choppers menyatakan pihaknya hanya menghasilkan lima buah Light Cycle yang ditawarkan pada harga AS$55,000 (RM172,452) seunit.
Pengurus Operasinya, Jeff Halverson memberitahu ia menggunakan enjin TL1000R.
"Empat unit sudah dijual dan hanya sebuah lagi yang tinggal," kata Halverson.
Terdapat sambungan komputer tablet iPad yang membolehkan statistik tunggangan dimuat turun daripada komputer yang ada pada motosikal itu.
Gambar motosikal itu boleh dilihat di laman web YouTube.
Populariti motosikal itu di laman tersebut telah menarik perhatian syarikat perfileman Disney dan penerbit filem Tron: Legacy yang mahu menggunakan Light Cycle dalam acara promosi filem berkenaan.

 - Agensi/Kosmo
P/s... Ingatlah kita orang melayu yang berugama islam, jauhilah semua perkara sebegini. Budaya kuning langsung tidak akan memberi manafaat kepada kita semua. Akhirnya kita sendiri juga akan menanggung malu dan sengsara......


SEREMBAN - Mungkin ketaksuban terhadap budaya kuning dari Barat mempengaruhi sekumpulan 17 lelaki dan wanita beragama Islam meneguk minuman keras bagi menyambut ketibaan tahun baru 2011.

Mereka dicekup dalam operasi dilancarkan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di pusat hiburan dan karaoke sekitar bandar ini, Nilai dan Jempol.

Ketua Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, operasi bermula kira-kira jam 9.30 malam, 31 Disember lalu dan berakhir kira-kira jam 5 pagi, keesokannya.

- Sinarharian

"Dua daripada 17 pengunjung beragama Islam ditahan adalah wanita. Semuanya berumur dalam lingkungan 20 hingga 30-an.

"Mereka dipercayai mengambil minuman keras ketika berhibur di tiga premis hiburan dan karaoke di Nilai, satu di Seremban serta beberapa lokasi lain sekitar Bahau, Jempol,” katanya, di sini, semalam.

Beliau juga mengesahkan sembilan pengunjung lelaki yang ditahan adalah penjawat awam.

Ahmad Zaki berkata, semua individu terbabit ditahan mengikut Seksyen 78 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana mengambil minuman keras.

Menurutnya, mereka berdepan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya sabit kesalahan.

"Dalam operasi sama, dua pengunjung lelaki beragama Islam turut ditahan kerana dipercayai berkelakuan seperti wanita.

"Kedua-duanya ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 66 enakmen sama memperuntukkan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zaki berkata, operasi berkenaan yang membabitkan 40 pegawai dan anggota JHEAINS, Unit Tatatertib Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol serta Majlis Keselamatan Negara, turut menahan sembilan individu kerana disyaki berkhalwat.

"Mereka disiasat mengikut Seksyen 61 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau tidak lebih dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali sekiranya sabit kesalahan,” katanya.

Menurutnya, individu ditahan di sekitar bandar ini dan Nilai dibawa ke IPD Seremban, sementara yang ditahan di Bahau dibawa ke IPD Jempol untuk tindakan lanjut.
CALIFORNIA - Kajian terbaru menunjukkan perokok tegar yang mengalami kemurungan menghalang mereka daripada berhenti merokok berbanding perokok yang tidak mengalami tekanan.

Kajian daripada Jurnal Ubat Pencegah Amerika Syarikat (AS) edisi Januari 2011 yang dipaparkan dalam talian menunjukkan bahawa sekitar 24 peratus daripada pemanggil yang dikaji selidik melalui Talian Bantuan Perokok California, saat ini menderita daripada kemurungan dan 17 peratus lagi mengalami tekanan biasa.

Lebih daripada setengah pemanggil yang dikaji selidik, tertekan atau tidak, sekurang-kurangnya cuba berusaha untuk berhenti merokok selepas membuat panggilan tersebut.

Walau bagaimanapun, tahap kejayaan pemanggil perokok yang mengalami kemurungan teruk untuk berhenti merokok jauh lebih rendah berbanding dengan pemanggil yang mengalami tekanan rendah atau tidak, sejak dua bulan lalu.

Kajian ini penting kerana Talian Bantuan California sentiasa menerima sejumlah besar panggilan daripada perokok tegar dan perokok biasa untuk bantuan perubatan.

Lebih daripada 400,000 perokok yang membuat panggilan talian bantuan AS, dipercayai hampir 100,000 perokok yang mengalami tekanan tidak mendapat layanan yang diperlukan, setiap tahun.



SANAH (kanan) bersama anaknya, Sabaha membaca kisah mengenai Ahmad yang disiarkan akhbar di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Hasrat seorang lelaki warga emas berusia 110 tahun, Ahmad Md. Isa untuk mendirikan rumah tangga mungkin tercapai selepas seorang wanita di sini terpaut hati padanya.
Wanita itu, Sanah Ahmad, 82, yang hidup sendirian sejak kematian suami 28 tahun lalu, menyatakan kesediaan untuk bersuamikan warga emas itu selepas membaca kisahnya dalam akhbar Kosmo! pada Rabu lalu.
Menurut Sanah, hatinya berdebar apabila menatap gambar Ahmad yang disifatkannya saling tak tumpah seperti arwah suami keduanya yang merupakan bekas tentera.
“Saya faham kesunyian yang dialami oleh Ahmad kerana saya sendiri pun sunyi tinggal seorang diri di rumah ini,” katanya ketika ditemui di Flat Desa Rejang, Setapak di sini semalam.

JEB CORLISS (dalam bulatan) terbang seperti Batman dengan menggunakan sayap berteknologi tingg.



STOCKHOLM, Sweden - Seorang penerjun profesional, Jeb Corliss terbang seperti watak Batman dengan menggunakan sayap berteknologi tinggi pada ketinggian 1,676 meter, lapor sebuah akhbar semalam.
Corliss yang berumur 34 tahun dari California melakukan aksi itu dengan kelajuan 144.84 kilometer sejam di sebuah lokasi di Switzerland baru-baru ini.
Dia mendarat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Corliss pernah terjun dari menara Eiffel di Paris, Perancis dan dari gunung Corcovado di Taman Negara Tijuca yang menempatkan patung Christ the Redeemer di Rio de Janeiro, Brazil pada ketinggian 731.52 meter.

- Agensi / KosmoOnline
 
KUALA LUMPUR 30 DIS : Persembahan cemerlang  penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.
Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan 'Support Timnas', yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia. 
Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.
Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketikaa rtikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada5 0,000 peminat sebelum perlawanan bermula. 
Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaanmendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepaswisel perlawanan dibunyikan.
"Terima kasih kerana mengembalikan 'keseksian' dalam bola sepak Malaysia,"kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu. 
Lima daripada 10 trend teratas Twitter seluruh dunia didominasi perlawanan bola sepak yang berlangsung selama 90 minit pada pertandingan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.  
Sebelum ini, Twitter juga menjadi platform kepada penyokong bola sepak Indonesia yang berang dan mendakwa Malaysia memenangi perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur secara tidak adil, manakala penyokong Malaysia lebih gemar menunjukkan sokongan dan kecintaan mereka menerusi Facebook. 
Seorang lagi pemain cemerlang, Mohd Safee Mohd Sali, hampir mendapat hit 17,000 "Like" dalam Facebook dari 15,000 pada separuh masa perlawanan.
Mohd Safee yang menjaring gol pertama pada perlawanan akhir kedua, turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima gol.
Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam akaun twitternya,@rioferdy5. 
"Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala Suzuki. Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lepas.Memang satu pasukan yang bagus," katanya. 
Dilaporkan bahawa penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna terbesar Twitter dan Facebook dengan Indonesia mempunyai 15 juta 'tweeters', ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil, manakala rakyat Malaysia mempunyai'friends' Facebook paling ramai dengan purata 230 setiap pengguna. 

- BERNAMA 
ALOR SETAR, 29 Dis. — Biarpun usia seorang warga emas di Kampung Alor Mengkudu, Kedah dianggarkan menjangkau usia 110 tahun, namun keinginan untuk hidup bersama seorang isteri di sisinya tidak pernah pudar.
Ahmad Md. Isa, masih sihat dan mampu menguruskan diri sendiri walaupun matanya rabun dan pendengarannya sedikit terjejas.
Laporan media menyebut, dia juga mempunyai pemikiran yang cerdas dan tidak nyanyuk serta masih mampu mengingati setiap kisah silam yang berlaku dalam hidupnya.
Dia pernah berkahwin sebanyak lima kali dan empat daripada isterinya telah meninggal dunia dan hanya bercerai sekali iaitu dengan isteri kelimanya.
Ahmad berkata, walaupun anak perempuannya, Fatimah, 64, sentiasa menjaga makan minumnya dengan baik, namun dia tetap punya keinginan untuk berkahwin lagi.
“Sunyi hidup seorang diri, nak tidur seorang diri di rumah pun takut. Kalau ada seorang isteri bolehlah menjaga saya,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.
“Hampir setahun saya hidup seorang diri dan saya tidak menetapkan sebarang ciri untuk isteri saya.
“Bagi saya biarlah dapat seorang isteri yang setaraf dengan saya, tapi kalau dapat yang muda, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan,” ujarnya sambil ketawa.
Ahmad yang mempunyai lima anak, 20 cucu dan 40 cicit berkata, dia tidak mengamalkan sebarang rahsia untuk kekal sihat.
“Saya makan apa saja yang dihidangkan oleh anak dan isteri dahulu namun saya tidak makan organ dalaman haiwan.
“Hati kena bersih dan jangan buat benda yang dilarang oleh agama serta saling membantu jika ada orang dalam kesusahan tak kira bangsa apa sekalipun,” katanya.
Dalam pada itu, cucu Ahmad, Shafinaz Wan Shaban, 33, berkata, datuknya senang diuruskan dan tidak cerewet.
“Paling dia suka ialah kunyah sirih dan bercerita kepada anak cucu yang datang melawatnya.
“Mungkin dia kesunyian apabila kami semua bekerja jadi sebab itulah dia ingin berkahwin semula,” ujarnya

ROBOT digunakan untuk mengajar bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendha di Korea Selatan.



SEOUL - Hampir 30 robot mula mengajar bahasa Inggeris kepada murid-murid sekolah rendah di bandar Daegu, Korea Selatan, kata beberapa pegawai semalam.
Robot yang diberi nama Engkey itu dicipta oleh Institut Teknologi Sains mula mengajar kelmarin di 21 buah sekolah di bandar Daegu.
Sebanyak 29 buah robot setinggi satu meter yang mempunyai panel televisyen di muka bergerak di sekitar bilik darjah semasa mengajar murid-murid.
Robot itu membaca buku untuk murid-murid dan menari dengan menggoyangkan kepala dan tangannya.
Ia turut dikawal dengan menggunakan alat kawalan oleh guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris dari Filipina.
Guru-guru itu boleh melihat dan mendengar suara murid-murid melalui sistem alat kawalan jauh.
"Gaji guru-guru yang berpendidikan tinggi dari Filipina adalah lebih murah daripada rakan-rakan sejawatan mereka dari negara lain," kata seorang saintis kanan institut tersebut, Sagong Seong-dae yang menjelaskan kenapa guru dari negara itu digunakan.

- AFP/KosmoOnline