Kos serangan tentera AS cecah RM1.7b

MogaSejahtera | 8:46 AM | 2 comments


Serangan udara tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas Libya mencatatkan kos bernilai AS$550 juta (RM1.7 bilion) setakat ini, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pentagon, kelmarin.

Kos itu dijangka terus meningkat dengan AS$40 juta (RM121 juta) lagi akan dibelanjakan dalam beberapa minggu akan datang.

Jabatan Pertahanan AS membelanjakan lebih daripada 60 peratus dana itu untuk membeli peralatan senjata seperti peluru berpandu dan bom antara 19 Mac dan 28 Mac lalu.

Komander Tentera Bersekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), James Stavridis berkata, sebutir peluru berpandu Tomahawk yang digunakan AS bernilai AS$1.5 juta (RM4.5 juta) dan jumlah perbelanjaan untuk senjata sahaja mencecah AS$300 juta (RM908 juta).

Pasukan tentera AS telah membedil sekurang-kurangnya 192 daripada 199 peluru berpandu Tomahawk terhadap barisan pertahanan udara Libya.

Category :

2 comments :

  1. Amerika sanggup habiskan bebillion ringgit demi nak sengsarakan hidup orang islam.. HUHU

    MySuaraBlog: Rambut oh Rambut

    ReplyDelete
  2. @ZWAN SABRI..... itulah kerja orang kafir. Nak musnahkan Islam

    ReplyDelete